SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, December 25, 2014

khalisah & wafi


kalau dengan BFF tersayang, khalisah kawan dengan kafeel. kalau jumpa main baik baik je sebab kafeel ni anak yang baik. takde nak kacau kacau khalisah. jadinya takde nak bergaduh bila sama sama.



harini entry nak cerita pasal sorang lagi kawan cik zira. kak rosni. kawan sama sama masa dekat SK Taman Cendana. anak bujangnya nama wafi. dipanggil abang. wafi dah nak masuk sekolah sebab dah nak 5 tahun.

start keluar sama sama masa kak rosni ngan wafi belajar naik kapatebang nak balik penang sama sama. kak rosni asal orang parit buntar. masa duk jb dulu rajin gak berjalan dengan kak rosni dan wafi. dah pernah pergi hello kitty sama sama. pergi mandi kolam dekat grand lexis sama sama.

baru baru ni. isnin baru ni, cik zira ke parit buntar membuat belian emas. untuk aset di masa hadapan. hehe. kak rosni ni pakar sket bab emas emas ni. kak rosni yang tolong sekali. lepas membeli tu, pergi makan tengah hari. pastu balik uma mak kak rosni kejap.

lepas tu dari sana kitorang terus ke queensbay mall bagi khalisah ngan wafi main dekat tempat main budak kat atas sekali tu sama tingkat dengan wayang. disebabkan cuti sekolah harga untuk kanak-kanak RM21. ibu bapa RM7. main lah kat situ dari pukul 4 lebih macam tu sampai pukul 6 lebih.

duk queensbay jalan jalan. malam makan nasi goreng je. pastu balik homestay lepak tido. esoknya tengah hari bawa jalan jalan ke gurney plak. bagi dorang main dulu pastu baru ibu ibunya berjalan jalan.







ni dating sama sama kat sini. lepas ni tak tahu dapat dating kat mana. sama ada kat jb atau kat penang. tengok kalau cuti sama dekat tempat yang sama.

kalau yang duduk JB cik zira still boleh berjumpa sebab pape pun mesti akan balik JB sebab itulah kampung tersayang. kalau yang duk belah belah dekat penang pun boleh jumpa lagi sebab dah duduk sini.

kalau khalisah dengan kafeel main baik je. bila dengan wafi, kejap je baiknya. lain lain gaduh bercekau sana sini. yang ibu ibu ni pun dah jadi macam harimau dah garangnya. habis sume dua dua kena jerit kena naik tangan. jenis mak mak yang tak tahan sabar. anak buat perangai je kena. nasiblah anak.

cuti dah nak habis. masih berdebar ni nak masuk sekolah baru memberikan khidmat bakti. semoga semua berjalan lancar dengan nak masuk rumah sewa. sewa je rumah dulu yang mana dekat dengan sekolah. tunggu rumah sendiri jauh sangat nak ke sekolah. walaupun rumah sewa tu kecik tapi comel dan cukuplah untuk ibu babah ngan khalisah. nanti dah masuk rumah cerita pasal rumah plak k. harap sempat mengemas sebelum masuk keje. amin

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails