SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, December 26, 2014

cik zira dan tupperware


pertama kali cik zira beli barang brand tupperware ni tahun 2011 tak silap. ke 2012. tu pun beli bekas air kecik warna maroon RM8 ke belas belas macam tu. tak ingat dah. tu pun rasa mahal sebab masa tu tak minat lagi tupperware ni.

bila tahu je dapat pindah, wah apa lagi, memang niat nak beli tupperware kalau dapat pindah duduk sendiri. kalau pinggan mangkuk kaca tu sume hadiah kahwin banyak dengan arwah mak dulu pun banyak koleksi best best. jadi beli tupperware jela.

nasib kat SK Taman Cendana tu ada kak put, dealer tupperware ni. memang harga dia je dia kasi kitorang kawan kawan ni. apa lagi, memborong lah cik zira ni pun. jakun kan takde lagi koleksi tupperware. rasa macam nak beli semua je. tapi tak boleh. kena ikut bajet.

cik zira banyakkan membeli untuk simpan simpan dalam esbok dan simpan barang barang makanan. bekas air pun beli banyak buat stok dalam esbok untuk air sejuk.

best rupanya tupperware ni. tapi best best pun kena limitkan. nanti kalau ada stok best lagi bolehlah tambah pelan pelan. kang banyak sangat pun nanti tak guna kan.



beli macam tu sket pun pastu ada tambah lagi yang kecik kecik pun dah RM500. oklah tu kan. cukup sampai di situ dulu. beli yang nak guna dulu.

harini mungkin kalau orang sewa lama ni keluar awal bolehlah kemas rumah cuci cuci semua. kalau lewat, pagi esokla mengemas. lepas tu harapnya barang barang boleh bawa masuk esok jugak. bolehlah nak mengemas apa yang patut. bila siap kemas barulah boleh shopping barang yang takde.

teruja ni nak dapat duduk tiga beranak di rumah comel tu nanti. tingkat 9. kena kemas bagi habis supaya nanti dah naik keje mula 30haribulan ni takdelah penat sangat nak fikir nak kemas rumah bagai.

dan semestinya tak sabar nak guna tupperware tu semua. beli banyak banyak kena guna ye cik zira, jangan bazir. pinggan mangkuk banyak sangat. terlalu banyak. nanti kena buka cek mana yang nak guna untuk rumah comel tu. keluarkan sikit je untuk guna kat rumah dan kot kot ada kawan kawan ke sedara mara nak datang, kalau ada yang sudilah nak datang ke rumah comel kami =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails