SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Saturday, December 27, 2014
pantang betul ikat rambut
khalisah ni ada jugak pantang pantang mengada dia. PALING PANTANG orang sentuh rambut kerinting magi dia tu. pantang betul! lepas mandi nak sikatkan pun berlari lari kejar dia. kalau disentuh nak main main keteng keteng rambut dia macam spring tu pun dimarahnya.
apa tah lagi nak diikatkan rambutnya. mengamuk!
tapi bila kata nak gi jalan ke nak gi taman ke kena ikat rambut dulu barulah dia nak ikat. apalah khalisah ni kan. nak kena ugut ugut plak baru nak berikat rambutnya.
orang kata sebab tak ajar dari kecik ikatkan rambut. em.. dah ajar pun. memang masa kecik rambut sikit pun dah ikatkan. tapi tak sampai bape minit dah dicabutnya. pakai gelang ke rantai pun dia tak mahu. jenis lasak tak reti diam. sume nanti dibukanya.
paling suka ikatkan lawokan rambut khalisah nanti nenek khalisah. nanti kalau nenek yang ikatkan gayakan, khalisah boleh plak diam elok je.
khalisah. oh anak. khalisah ingat rambut macam hafiz awan nano nano tu cantik sangat ye. hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment