SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, January 13, 2015

rajin sangat khalisah!


bila duduk rumah comel kami ni, duduk berdua je dengan khalisah nanti apa yang ibu buat mesti khalisah nak buat jugak. budak kan, dia akan tiru apa orang dewasa buat, lagi lagi ibu atau babah dia.

adalah suatu hari ni. khalisah memang suka kacau orang lipat baju. dari kat uma buyut lagi. kalau tokbik ibu lipat baju nanti dia sibuk nak lipat jugak. tapi dia pandai amek kain yang kecik kecik je. baju dia, suar dalam ke apa ke. senang dia nak lipat cara dia.

haritu masa ibu sibuk nak lipat baju, angkat je baju jemur letak dalam bilik dia dah duduk nak melipat dulu. tahu tak apa khalisah cakap?

"kejap lah ibu. khalisah sibuk ni lipat baju"



bertuah punya anak. ketawa cik zira dengar khalisah cakap macam tu. sibuknya macam sibuk apa lah tu. sekali tengok dia dah lipat lipat yang kecik kecik. siap pandai asingkan. suar dalam satu tempat. baju dia satu tempat. baju dalam satu tempat. cantik dia susun.

alangkah bestnya kalau betul betul khalisah pandai lipat baju. senang kerja ibu kat rumah ni. tapi satu yang cik zira suka khalisah ni. dia memang rajin dari uma atok lagi, bila baju sume dah siap lipat dia akan amek dan simpan. elok je dia pegang baju tu tak jatuh ke apa. kalau baju dia nanti dia simpan kat tempat dia. kalau baju ibu nanti dia bagi kat ibu.

awak dah besar kan khalisah. dah anak dara. kena tahu pandai buat kerja rumah k. kena rajin sampai ke beso sampai ke kahwin. ibu doakan.

17.01 nanti. khalisah 2 tahun. sabtu ni. nak makan apa khalisah?

1 comment:

suezen said...

sama lah zira...my daughter pun mcm tu...haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails