SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, January 12, 2015

12.01.2015 : hari kerja dan resipi kuey teow ladna


assalamualaikum
harini masa ni cik zira kat sekolah bekerja. nama sekolah baru cik zira ialah SK Seri Indah. di ayer hitam penang. tapi kemungkinan besar cik zira akan dipindahkan sebab kuota cikgu english dah cukup kat sekolah tu dorang perlukan cikgu pra sekolah. cik zira takde jadual waktu. mungkin harini masuk relief kan kelas.

tak kisahlah kan sekolah mana pun. cuma mohon pada Allah agar sekolah yang diberikan semua baik dari segala aspek. barulah seronok nak pergi kerja hari hari menyumbang bakti mendidik anak anak di sekolah baru. namun SK Taman Cendana selamanya di hati.

baiklah. harini nak kongsi resipi lah. dah lama kan rasanya blog Merah cik zira ni tak share resipi. sejak duk sendiri ni, hari hari masak. wajib masak lunch dan makan petang. malam kalau lapar masak lagi.

kenapa nak share resipi plak ye. bukannya pakar masak pun. cik zira nak share sebab resipi dan cara buatnya senang lah sangat. orang tak reti masak pun boleh masak.

satu petua nak kasi tahu ni. semua orang boleh masak sebenarnya. semua orang boleh. cuma sedap tak sedap jelah. tekak sendiri nak makan pepandailah bagi sedap nak masuk perut kan. masak masak lauk ke goreng goreng ni senang je sebenarnya. ye, senang.

daripada buat kuih ke kek ke. leceh. sebab kalau salah sukatan habis tak jadi. tak sedap. kalau masak ni, boleh campak campak je. alter ikut suka hati.

ha, ingat tips tu. sape kata tak pandai masak tu, cuba masak. sebab masak ni senang. lagilah kalau kaki makan ni, masak jelah sendiri nak makan banyak mana pun boleh. jimat pun jimat!

ok dah panjang sangat intronya. orang nak resipi lah.

ni KUEY TEOW LADNA simplenya lahai. buat makan petang haritu. first time buat terus jadi. bangga sekejap. cumanya takde lada jeruk. tak belajar buat lagi. hehe

KUEY TEOW LADNA versi cik zira. 
bahan-bahannya :



  1. kuey teow yang dicelur. (cik zira guna setengah bungkus sebab setengah dah goreng hari lain. ni untuk makan 2-3 orang. tapi perut besar ni dua orang jelah makan)
  2. tepung jagung digodak dengan air. (untuk pekatkan kuah)
  3. tomato
  4. lada hijau. ikut suka nak lada apa. cili padi pun boleh. ni sebab taknak pedas nak bagi khalisah makan.
  5. halia
  6. bawang putih dalam 3 biji dipotong dadu halus.
  7. udang cendawan carrot isi ketam sotong jagung kecik. (yang ni ikut suka korang tau)
  8. garam secukup rasa
  9. sos tiram
  10. sebiji telur dipukul siap siap


cara-cara membuatnya :


  1. kuey teow gaul dengan kicap bagi sama rata. cik zira guna kicap manis. lepas tu gaulkan sekejap atas kuali bagi dia ala ala garing sket.
  2. asingkan ye kuey teow tu sebab nanti nak curahkan kuah atasnya.
  3. panaskan minyak. tumiskan bawang putih, halia dan lada hijau tadi.
  4. masukkan sedikit air kemudian sos tiram. gaul sebati. bagi pekat sket.
  5. kemudian masukkan udang dan sotong dulu. kacau.
  6. tuangkan air lagi ikut nak kuah banyak mana tau.
  7. baru masukkan bahan bahan lain seperti carrot jagung kecik dan cendawan. ketam masuk last sebab nanti kembang.
  8. gaulkan. lepas tu masukkan tepung jagung kacau sampai pekat. ikutlah nak kuah pekat mana ye.
  9. dah agak kuah pekat tu masukkan garam secukup rasa.
  10. lepas tu akhir sekali masukkan telur dan kacau perlahan lahan supaya dapat tekstur yang dikehendaki. 
  11. siap. tuang kuah atas kuey teow tadi. 





ha. senang kan. dah siap boleh hidang dan makan panas panas. tapi seyes kalau ada lada jeruk lagi syok makan!

bahan dia pun semua senang je nak dapat. ada je kat dapo tu ha. selamat mencuba!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails