SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, January 11, 2015

ramainya sepupu sepapat khalisah


hari khamis yang lepas, ibu bawa khalisah pergi main dengan indoor playground di queensbay tingkat 3 sama tingkat dengan cinema. mega kids tak silap namanya. ibu mak ngah dengan mak su bawa semua berderet anak anak sedara ni.

mak mak dua orang. mak ngah mak su. 4 orang dewasa. 2 orang baby dan 9 kanak kanak. bayangkan hari tak haru. bila jalan dalam rombongan tu dah macam bawa kanak kanak tadika dah rasa. hehe

oh. nak share bayaran untuk masuk ke dalam indoor playground ni :

hari biasa
dewasa rm5
kanak kanak rm17

hari weekend atau public holiday
dewasa rm7
kanak kanak rm21

stokin rm3

jadinya nak datang sini sila pakai stokin siap siap k. parents boleh sama sama masuk dan main sekali. kitorang yang adult ni pun dah macam budak budak main sekali. seronok sangat. boleh duk dalam tu sampai pukul 10 malam. boleh keluar masuk nak gi tandas ke nak solat ke. surau dekat tingkat 5 k.

oleh sebab kitorang pergi masih cuti sekolah maka kitorang seramai ramai ni jumlahnya rm217. ha ramai ke tak ramai. ramailah jawabnya.




biasanya bawa khalisah berdua je ibu ngan khalisah. sebelum ni pun dah biasa pergi. tapi kalini pergi serombongan cik kiah. khalisah lah best main dengan sepupu sepapat yang ramai. cucu hj kudus semua sekali ni dah nak masuk 19 orang tak silapnya.




yang tak bestnya, banyak eksiden tak diingini berlaku. khalisah turun sliding tu laju sangat dan salah posisi. pulak tu seluar dia pakai tu memang akan membuat penerjunan yang laju sekali. takde berhenti punya. jadi bila nak sampai ke bawah tu, oleh kerana terlampau laju, makanya kepala dia terhentak papan tangan jari dia pun terseliuh. terus menangis nangis. mak ngah pujuk khalisah.

oleh sebab itu, dia dah tak berani nak turun sendiri sliding tu. dia fobia agaknya. turun pun dengan sepupu kegemaran khalisah, ayib tu. turun sama sama. khalisah depan pegang kaki ayib, ayib belakang jaga khalisah. tapi masih nak mainlah cuma dah takut nak turun sendiri macam selalu sebab dah eksiden.



naqib dengan adibah pun eksiden jugak. nak turun laju berderet 3 orang, sekali ada budak comel tiba tiba berhenti. makanya, mulut naqib hentam kepala adibah. berdarah bibir naqib. kepala adibah sakit.

bila dah ramai ramai sangat macam ni kan, mesti perkara macam ni jadi. tapi nasib baik semangat anak anak ni kental. tetap teruskan perjuangan bermain sehingga ke penat yang terakhir. masuk pukul 3.05 keluar pukul 6.30.

boleh nak bawa ramai ramai, tapi yang dewasa pun kena ramai sebab budak budak ni aktif bila dah sampai tempat macam ni. sangat aktif. jadi kena selalu pantau.

kesimpulannya, khalisah seronok, ibu happy :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails