SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Thursday, February 19, 2015
icheon kawan baik khalisah
kalau yang folo ig atau fb cik zira akan perasan yang khalisah ada kawan baik. nama kawan baik khalisah ialah Icheon. maskot sukan olimpik korea. tokmoi khalisah join paralimpik kat sana tahun lepas belikan khalisah patung icheon.
sampai pindah penang pun khalisah bawa icheon jadi kawan baik. kadang nek beskal sama sama. men masak masak bersama. men tido pun sama sama. nanti khalisah tidokan icheon nyanyikan selawat untuk icheon. bagi icheon makan. cebokkan icheon berak kencing sume.
ada satu malam tu khalisah main tido tido dengan icheon selimut sama sama.
icheon la kawan baik khalisah dekat rumah comel ni. kadang kalau nangis ibu marah pun khalisah peluk icheon. mengadulah tu.
tunggulah ye khalisah. tunggu besar sket nanti kalau ada rezeki ibu dah sedia baru bagi khalisah adik k. sakit alahan mengandung beranak pantang sume rasa lagi. takut takut. belum sedia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment