SILA KLIK
KAMU-KAMU YG KUHARGAI
Friday, February 20, 2015
menu petang : piza roti
selalu tengok orang buat. google lah bahan bahannya. sekali tengok barang semua macam ada. roti pun ada lebih nak habiskan sebelum expired. tinggal lagi 6 keping. bahan topping pun guna mana yang ada. jadi buatlah piza roti untuk makan petang.
takdelah susah mana pun. topping pun ikut lah banyak mana nak letak, apa yang nak letak. piza sendiri jadi suka hati nak letak apa, sos apa semua kan. tebal mana pun suka hati.
cuma roti tu rasanya elok kalau bakar dulu baru rangup. ni sebab cik zira masuk oven jadi roti tu basah lembik bila keluar oven sebab panas dan lembap. next time buat nak bakar dulu rotinya.
cik zira guna sosej cendawan butang dan isi ketam. lepas ni nak beli pepperoni slice tu la mesti lagi sedap. sos segala sos yang ada cik zira bubuh.
makan pepanas sedapnya. cheese segala pun letak. cik zira je makan berapa keping dah. esoknya siap sambung buat breakfast lagi.
jadi, apa lagi. selamat mencuba ye sebab piza roti ni senang sangat nak buatnya. pastikan cukup bahan bahannya ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment