SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, February 2, 2015

raya 2015 nanti


awal lagi kan. tapi nak bercerita jugak memandangkan dah ganti puasa memang awal awal. sejak kena ganti puasa memang raya je dah setel ganti. tinggal puasa sunat je sekarang isnin khamis tak bawa bekal gi sekolah.

ok cerita pasal raya tahun ni. In Sha Allah cik zira dan khalisah akan beraya di sini, di Penang memandangkan dah dapat duduk sama sama ni kan. pertama kali dalam sejarah hidup, setelah 28 tahun beraya di johor bahru di rumah atok, tahun ke 29 ni kena beraya di penang. syawal pertama.

tak tahu nak gambarkan perasaan bila tak beraya dengan adik adik femly dan semua kat jb nanti. tapi takpe. kena terima hakikat. harapnya jadual bergilir tu diikut. tapi akan balik jugak jb sama ada puasa atau raya kedua ketiga bergantung kepada cuti sekolah.

bila cerita pasal raya mesti dan wajib cerita pasal baju raya kan. ada bincang secara tak rasmi dengan adik adik ipar. katanya tema tahun ni jubah. cik zira suka aja sebab sekarang pun memang imej jubah je. jubah bergantung pun dah berderet.

dah tanya buah hatiku, ok tak kalau dia pun pakai jubah raya nanti. buah hatiku cakap dalam pertimbangan. kalau on nanti nak cari jubah sedondon tiga beranak.

smart kan sedondon macam ni.


tak sabar ni 21 februari mood republik festival no 1 malaysia nak datang serang penang. konpem nak bawa duit banyak sebab cik zira nak serbu yang best best tu. yang asek duk beli online je. target memang jubah je.

dan pertama kali jugak tak beraya dengan adik beradik. chenta chenta hatiku dua orang tu kena siapkan baju melayu sampin sendiri sebab kakak merah ni dah takde tahun ni nak siapkan semua. selalu tema setiap tahun pun cik zira yang decide. sedihnya. huhu. mesti rasa lain sangat raya kalini.

takpela. tahun depan raya sana plak. buah hatiku kena ikut raya sana. kalau tak ini tidak adil! hehe

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails