SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, June 2, 2015

khalisah ke zoo taiping


ini cerita dua minggu sudah rasanya. babah ngan ibu dah janji nak bawa gi zoo. makanya kitorang pun pergilah hari sabtu tak silapnya.

dalam perjalanan khalisah tido sebab dia ngantuk. sejam lepas tu dah sampai zoo taiping kejut terus khalisah bangun mamai tapi happy dah sampai. duduk kan khalisah dalam stroller sebab tak larat nak dukung. dukung pun kejap kejap je. tolak stroller lagi senang.

masa pergi tu redup. kitorang sampai dalam pukul 4 macam tu. dapatlah khalisah tengok buaya banyak sebab masa gi Bird Park buaya takde. khalisah nak tengok harimau. yang dapat tengok lama orang utan dengan gajah. tengok gelagat dorang. khalisah pot pet pot pet tengok aksi orang utan ngan gajah tu.






tapi kesian khalisah banyak binatang tido sebab cuaca redup. tengok singa singa tido. tengok harimau harimau tido. khalisah panggil kejut suruh bangun dorang tido jugak. takde rezeki khalisah nak tengok harimau.

kitorang memang tawaf satu zoo tu. sekali exercise la konon. khalisah bila turun stroller je nak berlari terus takutkan dia gajah nak amek. panjatla dia stroller balik. haha. padan muka khalisah.






habis tawaf keluar beli gamba mahal tu, beli air. solat asar. gi cari makan. walaupun banyak binatang tido, tapi tengok khalisah happy jugak terutama dapat tengok aksi orang utan panjat panjat dan aksi gajah mandi.




harga tiket murah je, dewasa rm17. siapa nak bawa anak anak cuti cuti sekolah ni bolehla.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails