SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, June 18, 2015

resipi : siakap stim


selamat berpuasa umat Islam semua. pejam celik dah setahun kan dari ramadhan lepas. semoga ramadhan kalini kita semua memperoleh keberkatan dan keredhaan Allah. jom sama sama kumpul pahala sebanyak mungkin k.

ok. ni cerita minggu lepas. tetiba google resipi siakap. terus nak masak siakap stim. belum pernah buat sendiri. selalu makan orang lain masak je. nak cubalah buat.

suruhlah suamiku beli siakap seko.

bahan-bahan senang je.



  • halia
  • serai
  • tomato
  • bawang putih
  • bawang merah
  • cili padi
  • sos ikan
  • seasoning oil
  • serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
halia bawang putih bawang besar tu hiris halus halus. separuh tu blend lepastu perap dekat ikan. letakla sket seasoning oil.

cara memasak :

1. letak air secukupnya dalam kuali. nak kuah banyak lebihkan kuah.
2. campak je semua bahan bahan hiris dan tomato berserta serai dan cili padi dalam air tu.
3. masukkan ikan yang dah diperap.
4. tunggu sampai mendidih masukkan garam secukup rasa. kacau kuah sesekali.
5. tunggu sampai kedua dua belah ikan masak.
6. kuah tu akan pekat sendiri bila masukkan ikan.

maaf presentation tak cantik


senang je kan. sebenarnya tak stim pun kira rebus je ni. tak guna minyak. makan panas panas. ni kitorang buat berbuka puasa haritu. lawankan dengan sayur campur.

tips : suamiku kata ikan siakap kitorang guna tu ikan laut. isi dia tak manis tawar je. kalau siakap sungai sedap manis masuk dalam kuah. yang tu rasa tawar je isi ikannya.

selamat memasak cik puan semua. boleh buat lauk untuk berbuka puasa hari pertama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails