SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, July 10, 2015

Tips : uruskan gaji


tetiba nak share tips pasal pengurusan gaji memandangkan menjadi isu besar ketika ini sebab bulan lepas bulan enam gaji masuk 25 haribulan. bulan ni, semalam dah masuk gaji, 9 haribulan. lepastu bulan ogos depan ni, 25 haribulan plak nak masuk gaji.

ok baiklah. ini cik zira kongsikan sahaja ye. masing masing ada pengurusan kewangan sendiri.

prinsip cik zira hanya satu, seawal mana gaji masuk, jangan diusik diguna pun gaji awal tu. bila tengok 25 haribulan baru lah bayangkan gaji dah masuk. bolehlah guna.

atau kalau rasa korang tak boleh, asingkan dulu duit gaji masuk awal tu dalam bank lain. lepastu diam diam buat buat tak tahu.

masalah orang kita ni, suka satu macam setiap kali gaji masuk. fikir macam duit banyak sangat padahal nak kena amek kira gaji awal masuk awal guna habiskan nanti nak tunggu gaji seterusnya tu nanti, sangap jadinya.

cik zira setiap kali gaji masuk memang akan terus setelkan bayar bil bil sume. bayar loan bank. duit baki simpan dan guna bila perlu.

tapi, bahayanya cik zira ni, suka sangat beli online. keluar beli barang pun sume sekarang guna debit kad. tu kadang berbelanja kurang berhemah. tu kena baiki lagi.

dan satu je pasal cik zira ni, lagi banyak duit tu, lagi kedekutlah jadinya. rasa nak simpan sume sekali. hehe

dan bersyukur jugak ada side income selain gaji hakiki sebagai seorang cikgu. jadi boleh cover mana mana yang mampu. boleh simpan mana mana yang perlu. dan bila simpan duit tu bila sesak takdelah nak susahkan sesiapa. orang nak pinjam pun ada lebih boleh kasi pinjam, janji bayar balik ye. hehe

hidup takdelah kaya. biasa sahaja. tapi kalau kita pandai uruskan duit, uruskan gaji Allah bagi tu, In Sha Allah boleh hidup semampu dan sekadarnya.

sekian perkongsian ringkas dari cik zira.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails