SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 7, 2015

Selamat Bersara Tuan Guru Besar


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.

bertemu lagi cik zira dengan semua yang sudi membaca blog biasa biasa aje ni pada minggu kedua di bulan september 2015. sekejap je kan dah sampai bulan 9. tak lama lagi dah nak sambut aidiladha.

sepanjang cik zira menceburkan diri, eceh ayat tu hai. sepanjang bergelar cikgu ni, dah kali ketiga cik zira terlibat dan menyaksikan majlis persaraan di sekolah. yang pertama masa praktikal di SK Batu Lanchang, Penang. masa tu PK1 bersara. yang kedua di sekolah kesayangan SK Taman Cendana, Pasir Gudang, juga PK1 bersara.

dan terbaru ni, minggu lepas. Guru Besar sekolah cik zira sekarang, SK Jelutong, Tn Haji Abdul Kuthoose bin Majid diraikan dengan penuh jayanya sempena persaraan beliau.

bila tengok cikgu cikgu yang bersara ni kan, mesti akan terfikir, jauh lagi ni nak sampai ke situ. banyak lagi pengorbanan dan tanggungjawab cik zira dalam bidang pendidikan ni. sampai ke tidak ke waktu dan saat untuk berpencen tu. Allah berikan kesempatan tak nak rasa semua tu. yang penting kena selalu berdoa diberikan kesihatan yang baik untuk berkhidmat dan mendidik anak anak di sekolah. Aamiin.

majlis persaraan tuan guru besar diadakan pada khamis lepas, 3 september. ada jamuan lepastu majlis di dewan. semuanya berjalan seperti yang dirancang.




cik zira jadi pengacara majlis. tugas tetap masa di SK Taman Cendana dulu. mungkin lepasni tetap di sini pulak kan. kalau diberi tugas AJK mana sekalipun cik zira akan buat dengan sehabis baik. In Sha Allah.

habis dah minggu sibuk selama dua minggu. sebelum tu sibuk dengan kejohanan balapan dan olahraga peringkat timur laut. cik zira jadi pengacara majlis jugak di stadium penang. minggu lepas ni sibuk dengan majlis persaraan.

sebelum tu jugak kursus tiga hari di maktab. kesian budak dalam kelas. sekarang kena pulun ngaja macam biasa nak habiskan silibus. kena pulun untuk linus saringan 2. kena pulun untuk peperiksaan oktober nanti. semuanya kena pulun.

mana mana yang kena siapkan dan hantar setakat ni sume cik zira dah bereskan. alhamdulillah. semoga tahun 2015 yang bakal berakhir sesi persekolahan nanti cik zira akan menarik nafas lega untuk semua yang cik zira dah berikan untuk tahun ni di sekolah baru cik zira ni. dan semoga tahun depan nanti, segala apa tugas diberi cik zira boleh pikul dengan sehabis baik. In Sha Allah.

cik zira minat jadi cikgu. cik zira suka. ini jiwa cik zira selain meniaga. menjadi cikgu cik zira letakkan nombor dua selepas menjadi ibu dan isteri tu tugas hakiki. walau apa orang cakap pasal cikgu. cikgu inilah cikgu itulah, tak semua cikgu seperti yang digambarkan. memang ada cikgu yang sambil lewa, yang malas buat kerja, yang jadi cikgu sebab tunggu gaji, tak peduli apa jadi dengan anak anak di sekolah. memang ada. tapi cik zira niat apa yang cik zira buat ni kerana Allah. Allah dah bagi rezeki cik zira dengan menjadi cikgu, cik zira kena buat dengan baik supaya moga moga rezeki Allah bagi ni berkat. mudah mudahan. sama sama kita doa ye cikgu cikgu semua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails