SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, October 19, 2015

Perkongsian : Khalisah dah tak pakai pampers


syukur alhamdulillah. terima kasih Allah. walaupun khalisah nakal suka sakitkan hati ibu, suka buat ibu hari hari marah, tapi khalisah ada jugak senangkan keje ibu. alhamdulillah.

khalisah start tidak menyusu badan raya haji tahun lepas. setahun 8 bulan macam tu. sebelum tu punyalah risau tanya petua macam mana nak bagi khalisah tak menyusu badan dah. sekali semua petua tak guna pun. cakap elok elok je khalisah dah faham. memang sedih nak putuskan susu badan sebab selalu dia menyusu baring sama sama kan, tapi nak kena ajar jugak. kadang bila dia minta lekakan dia. malam pun dia tido tu dia minta bagi botol. khalisah tak menyusu badan sepenuhnya, campur dengan susu formula.

alhamdulillah. satu bab pasal menyusu badan senang pisahkan. sebelum 2 tahun khalisah berjaya tidak menyusu badan dah.

berjalan pun 11 bulan tu dah tatih. cukup setahun dah dapat kaki. bercakap pun cepat. sekarang? cakap macam orang tua. tak macam budak 2 tahun nak masuk 3 tahun. ayat penuh. cuma kadang bila dia cakap laju sangat ada perkataan tak jelas. tapi alhamdulillah.

mandi pakai baju seluar sume sendiri. ibu pantau je. makan sume sendiri.

ok. sekarang meh cerita pasal pampers k. bab yang mak mak ni memang fikir macam manalah nak buat. cik zira ni punya semangat nak ajar khalisah tak pakai pampers dah, siap belikan jamban kecik masa mula nak ajar khalisah. tapi jamban tu guna kejap je sebab payah nak kena basuh sume kan. khalisah guna jamban orang beso. start aja bulan Jun haritu sebelum puasa. train dua hari sabtu ahad. ok! dua kali je terbabas. tu pun sebab dia kata nak kencing ibu ingat tipu sebab baru je kencing. so, salah ibu. kenalah menyental.

betul betul tak pakaikan pampers lepas raya haritu. kat rumah kat sekolah pergi jalan pun tak pakai pampers dah. alhamdulillah senang. tapi kalau khalisah sebut je nak kencing nak berak kena cepat cepat lari bawa gi toilet terutama kalau dekat luar gi jalan jalan ke apa ke.

khalisah akan kena belasah kalau terkencing dalam seluar ke apa. ibu akan hukum bebetul. sebab tu dia akan kencing kat jamban jugak. tanak kena belasah.

pagi setel. lega!

bab malam, cik zira still pakaikan pampers. tapi yang bestnya khalisah tak akan kencing dalam pampers. malam khalisah kejut ibu nak gi jamban. ibu pulak kadang malas suh dia kencing dalam pampers, dia tanak jugak sebab dia cakap takut tumpah. pernah kena belasah dia kencing dalam pampers tapi mengalir kencing tu. tak sempat buka pampers gi jamban.

lepas dah sebulan malam asek pakai pampers sama je sebab gi bangun kencing kat jamban, cik zira nekad tak pakaikan pampers dah malam. yay!! dalam hati doa sungguh sungguh janganlah khalisah terlepas. memang tak kencing, rutin kejut ibu pukul 3-4 pagi nak gi jamban berjalan seperti biasa. kadang mata bertutup naik jamban turun jamban masuk bilik sebab dia ngantuk sangat. cik zira tukang gelak je tengok khalisah.

sekarang sebelum tido kul 12 tu memang akan kencingkan khalisah dulu. tapi sebab dia menyusu sebelum tido jadinya memang akan bangun gi jamban sekali. pampers sume pas bagi sepupu khalisah.

begitulah kisahnya. tahniah kepada diri sendiri sebab support khalisah untuk tidak memakai pampers lagi. khalisah berjaya dengan cemerlang. ibu happy.

bab gini gini memang khalisah pass. tapi, bab belajar dia payah nak pass. belajar akademikla maksudnya. dia malas. kalau belajar bab berdikari ke pasal hidup ke khalisah lepas. orang kalau kenal dia tengok dia takkan tahu umur khalisah belum 3 tahun. sume teka khalisah dah 4 tahun.

habis tu, membebel macam mak nenek ok. kadang ibu suh senyap malas nak layan =)

1 comment:

Rus Ina said...

xpe zira, kdg2 ank yg cepat berdikari mmg nmpk mcm mls je bab akedemik..tp sebenarnya dia ok..
khalisah is so adorable..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails