SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 14, 2015

p.i.n.d.a.h


cuti awal muharam ni, duduk berehat di rumah dengan khalisah. kemas rumah buat kerja apa yang patut. satu hari sama-sama kita umat Islam manfaatkan dengan sebaiknya.

kenapa tajuk pindah?
hehe, In Sha Allah, tak lama lagi ibu babah khalisah nak pindah rumah bawah, rumah luas sket dari rumah sekarang. tak sabar.

cukuplah setahun duduk rumah atas, sewa tingkat 9. rumah sekarang ni khalisah sebut tingkat 9. hari-hari naik turun lif. parking pun kalau balik malam lambat sket, takde parking. tapi, rumah comel ni lah yang cik zira suka sebab senang nak kemas. kecik je.

takpe, cukup setahun In Sha Allah, mesti rindu dengan tingkat 9 ni. permulaan kitorang tiga beranak duduk sama-sama. lepasni duduk rumah luas sket kalau femly datang dari johor, adalah tempat selesa nak duduk tido ramai ramai.

walaupun masih menyewa sebab rumah sendiri jauh nun di taman ilmu sana, namun bersyukur sebab dah duduk rumah park kereta je terus masuk rumah. banyak mudahnya bila pindah rumah bawah. walaupun selalu cakap ngan suamiku, rumah besar nak kemas pun susah. hehe

kalau sebut pasal pindah je, suami suami ni senang je lah cakap, "jom pindah". suami kejenya angkat punggah barang. tu je. yang bini nilah pening, nak packing barang, kemas barang, label kotak sume supaya tak tertinggal satu barang pun.

nanti dah masuk rumah baru, nak kena kemas balik susun satu satu. haisyh. bukan apa, kang kalau suami yang kemas tak jumpa barang mulalah nak geram nak bebel tak puas hati. takpelah, fikir positif aje. bini bini ni memang Allah beri kelebihan jaga rumah kemas simpan barang sume teratur je. itu sume tak ramai suami pakar. jadi, kena bangga apa yang kita ada k, wahai para isteri sume. jaga rumah, jaga suami jaga anak, tu kuasa hebat Allah beri pada kita kaum isteri, kaum ibu.

pasal pindah pun paling hebat kitalah, bini bini sebab sume setel dari nak packing sampai nak kemas susun semula. hebat hebat hebat.

motivate diri sendiri ni. seb bek uma comel sekarang ni memang comel. bagi cik zira dua hari cik zira boleh setelkan kemas dan packing untuk siap sedia diangkat barangnya. satu je yang penat pindah bila uma flat ni nak kena angkat barang banyak kali masuk turun lif. fuh! ni serah dekat suamiku. cik zira nanti tunggu je kat umah bawah ready nak berkemas balik.

semoga semuanya dipermudahkan. Aamin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails