SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, December 29, 2015

Kisah pindah

Alkisah. Syukur alhamdulillah. Berbulan berminggu berhari menunggu, akhirnya kami bertiga selamat pindah dari tingkat 9 flat taman utama ke rumah bawah di sg gelugor. Dahulunya suamiku buat homestay selama 4 tahun kini menjadi syurga buat cik zira dan keluarga kecil ini.

Walaupun masih bukan rumah sendiri, rumah sewa je, tapi akan cik zira jaga dengan sebaik mungkin.

Tak sangka, rumah yang dulunya zaman blaja cik zira duduk dengan mami ishah tersayang dan kakak emy dengan femly bahagianya, kini cik zira pulak duduk dengan suamiku dan khalisah. Alhamdulillah.

Walaupun cuti sebulan, sempat balik jb balik segamat, namun dalam hati tu berdebar je duk fikir pasal pindah. Duk pk nak berkemas nak pack sume barang. Memang aim 24hb berkemas.

Tapi, 23hb petang dah start kemas bilik. Bak kata suamiku, "tak sangka rumah 2 bilik skali barangnya banyak itu"

Hehe. Ha, jangan sangka rumah 2 bilik tak boleh muat barang banyak tau. Kiranya cik zira amek masa 2 hari gitu untuk setelkan mengemas pack barang sume. Tu pun sebab malas malas. Kemas 15 minit je, duduk rehat 30 minit. Mana tak lama

23hb tu kemas bilik sampai ke malam. Banyak barang meniaga jugak. 24hb start kemas barang dapo. Ha tu paling malas sebab apa? Sebab kena punggah kena susun balik satu satu. Kalau macam kain baju senang gulung sumbat. Takpun dengan hanger hanger sekali masuk beg. Yang ni pinggan mangkuk periuk kuali segala jadi malas yang amat. Setengah hari duk setel dapo je.



25hb kemas sket mana mana yang kecik kecik. Bilik tido memang tak kemas apa langsung sebab masih tido tingkat 9 sampai 26hb. Kiranya hari last 27hb angkut barang baru kemas bilik tido. Bilik tido takde barang sangat. Jadi senang je kemasnya kalau nak banding bilik sebelah sume barang sumbat situ.

26hb trip pertama angkat barang yang dah packing sume. Risau sebenonya, ialah sebab rumah flat kan pakai lif pulak tu umahnya ada tangga sket. Kesian suamiku dan askar askar nak mengangkut. Tu yang risau. Tu kalau boleh packing betul betul supaya senang nak mengangkut sampai ke lori.

27hb pulak trip kedua dan terakhir angkut sume perabot perabot yang ada dengan barang barang dalam bilik tido. Barang barang mana tinggal pun angkut skali. Bila rumah comel tu dah kosong cik zira buat keje keje pembersihan. Walaupun dah tak duduk, cik zira nak tinggalkan elok elok. Banyak kenangan walaupun hanya setahun duduk tingkat 9. Rumah pertama kitorang bertiga duduk sama sama lepas cik zira dapat pindah penang.

Terima kasih tingkat 9. Adalah jugak kenangan kitorang duduk flat 2 bilik =)



Selamat berjasa kepada kami rumah baru kami. Akan cik zira suamiku dan khalisah jadikan syurga baru.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails