SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, December 8, 2015

Langsir setel


Mula mula bajet untuk langsir tiada dalam senarai. Kiranya macam nak pakai je langsir mana yang ada. Tapi memandangkan langsir mana yang ada tidak kalis cahaya matahari, maka dengan kuasa yang ada menambah bajet untuk langsir. Itupun untuk tingkap tingkap bawah sahaja. Ruang tamu ada 4 tingkap dan dapo ada 3 tingkap.

Memikirkan kalau nak oder tempah tu konpem konpem mahal pulak tu nanti tak dapat macam kain yang cik zira nak. Jadi ambil keputusan untuk beli langsir siap sahaja.

Dalam senarai memula nak survey kat jusco dan parkson. Tapi ada satu hari tu saja nak bawa khalisah jalan jalan terus teringat sunshine.

Mula mula setel beli mainan anak dara tu. Khalisah amek dua mainan je murah plak tu. Ibu plak yang tambah mainan boling. Khalisah marah ibu, "dah cukuplah tu ibu. Cukup cukup tak payah pegang pegang dah"

Baiklah anak. Selesai bayar mainan khalisah terus mencari langsir. Sampai kat kawasan langsir terus terbekenan dengan langsir bergantung. 1 nya sebab warna merah. Duanya sebab kain plain yang sangat tebal dan kain sangat cantik. Berkenan sangat sangat. Ada 50% plak tu.

Nak amek warna merah x cukup ada untuk 2 tingkap je. Tengok jugak langsir lain tapi tak berkenan sebab banyak bercorak. Kalau plain pun jenis kain licin yang nampak murah tu padahal mahal je.

Amekla warna darkest brown. Kira kalau tutup tingkap dengan langsir tu memang bajet cam dalam hotel kena buka lampu sebab gelap. Ececeh

Untuk 3 tingkap kat dapo beli yang biasa je murah sket dan ada corak sket. Warna kehijauan. Tenang sket nak memasak nanti.



Setelah ditolak 50% langsir untuk 7 tingkap setel rm600++. Bolehla kan jimat sket dari menempah nak kena tunggu lagi sume nak kena cari kainnya. Yang ni nanti pasang besi tu gantung je senang.

Puas hati. Tak sabar nak pindah. Dup dap dup dap je ni. Walaupun masih menyewa je sebab uma beli jauh, tapi tetap bersyukur Allah bagi rezeki dapat pindah duduk rumah bawah di penang ni.

Takde dah lepas ni kena naik turun lif angkut barang. Takde dah lepasni balik lambat takde parking.

Cepatlah pindah. Tak sabar nak pasang langsir.. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails