SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, March 23, 2016

Boarding tanpa mykid?

Kes ni terjadi masa cuti baru ni. Tersedar mykid khalisah takde dalam wallet masa nak beli tiket masuk thomasnfren tu. Punyalah gelabah sebab seingatnya tak pernah keluarkan pun dari wallet.

Bila tanya suamiku kata mykid khalisah hilang dia cakap ada pada dia haritu masa khalisah demam nak bawa gi hospital.

Aduhai. Puas mencari. Ingatkan terjatuh kat mana mana lah.

Bila cari tak jumpa tu memang terus berfikir aduhai macam mana nak balik penang ni mykid takde takut tak lepas nak nek kapatebang. Kan kena check mykid mykad 2 kali. Satu masa dengan polis tu 1 lagi masa nak koyakkan tiket.

Memang gelabahla. Nak suh suamiku pos dah tak sempat. Suruh suamiku send gamba pergi kedai gamba print gamba mykid tu. Standby.

Google siap. Baca baca sume memang cakap memang kena ada mykid tu kalau tak tak lepas masuk. Lagilah gelabah. Tapi tak henti henti doa supaya semua dipermudahkan khalisah lepas balik dengan ibu macam biasa.

Alkisah. Sampai epot. Dalam hati tak berhenti doa. Pergilah kat polis check macam biasa. Bagi tahu dia pasal mykid khalisah.

"Pihak kami tak kisah sangat. Kena pergi kaunter AA tanya dia macam mana k" kata encik polis tu.

Berlari anakla dengan beg dengan khalisah ke kaunter. Bagi tahu. Nasib baik ok. Dia cop endorse tiket. Lega Allah je yang tahu perasaan masa tu. Alhamdulillah. Cuma cik kak yang tukang cop tu muka masam mencuka macam tak puas hati. Yang lagi sorang ok. Maka tak henti hentilah cik zira ni ucap terima kasih banyak kali.

Berlari anak semula ke pintu masuk jumpa polis tadi bagi tahu dah. Maka masuklah ke dalam. Lega sangat sangat. Terima kasih Allah.

Masuk solat. Habis solat terus ada pengumuman. Sume dah beratur nak masuk dalam kapatebang. Nasib baik sempat.

Masa nak koyakkan tiket pun dia tengok tiket endorse tu takde masalah. Syukur lagi.

Dah lama sangat tak nek kapatebang kata khalisah. Kalau tak dulu masa pjj dengan babah setiap kali cuti balik nek kapatebang berdua.

Terbang awal 10 minit. Sampai pun awal 10 minit.

Kadang kadang benda macam ni jadi nasib nasib kan. Ada orang tak lepas walaupun ada salinan photostat. Tapi ni maknya ada anaknya je takde mykid.

Sebaik baiknya sentiasa check dan standby mykid mykad sebelum ke epot k.

Ni jenis sume ok. Kalau dapat yang strict payah kang tak lepas plak.

Saja nak berkongsi. Mana tahu ada yang senasib dengan cik zira ke kan. 5

1 comment:

cik chinta said...

zira, gtau la ok tak pakai tati tu. nk beli. hihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails