SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, February 16, 2017

pelengkap keluarga


Assalamualaikum...
Lama sangat nak update blog merah ni. Sebelum tu cik zira nak doakan semoga semuanya sihat sejahtera dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Aamiin.

28.1 lepas cik zira dah selamat melahirkan seorang baby lelaki. Adik khalisah jam 11.20 am. Berat 3.55kg. Sakit jahit sume teringat sampai sekarang. Kepala baby pun lepas botak nampak sangat vacuum kiri dan kanan. Kesian dia. Harap harap lama lama hilanglah.

Nama adik khalisah, Abdul Khaliq cik zira amek sempena nama dalam asmaul husna. Lagipun nak bagi sama depan tu 'kha' sama dengan khalisah.

Khaliq masih kuning. Haritu kuning naik tinggi sangat bacaan 330. Kena tahan dekat bawah lampu 2 malam. Nasib baik turun mendadak dan boleh bawa balik. Sekarang masih kuning dan bawa klinik untuk amek darah nak tengok bacaan.

Khaliq ada g6pd. Sebab tu kuning cepat naik plus cik zira ni darah jenis o+. Masa tahu khaliq ada g6pd macam sedihla jugak sebab kena jaga pantang larang nya. Tapi ni sume Allah nak kasi kena terima. Amanah ni. Kena jaga baik baik.

Khalisah?
Masha Allah. Kakak kakak sangat okeh. Malam tido lewat bila adik muntah dialah yang berlari amekkan baju baru untuk salin. Bila adik berak dia siapkan pampers baru dan tisu basah untuk salin. Tak payah ibu suruh. Terima kasih khalisah.

Walaupun dah jadi kakak, tapi gaduh ngan ibu tu perkara normal setiap hari. Kadang kena belasah ngan ibu sebab taknak dengar cakap sangat. Tapi bila khalisah takde ibu plak sunyi takde kawan ibu nak jerit jerit gaduh gaduh.

Dulu anak 1. Sekarang dah 2. Berubahla sket kehidupan. Sekarang masih dalam mood pantang. Nanti dah habis pantang cuti 3 bulan pun dah habis kena buat rutin macam biasa masak semua petgi kerja tapi dengan anak 2. Semoga Allah permudahkan. Aamiin.

Pantang dekat mana? Pantang sendiri dekat rumah. Lauk kakal kesayangan kak emy masakkan. Sedap! Lepastu amek pakej berurut sekali sauna tangas tungku untuk 15 hari. Kalini nak pantang sebab masa khalisah pantang sekadar kain batik dan stokin je. tak pantang pun.

Kenapa diam je masa pegnen? Alih alih dah ada baby baru.. hehe. Sebabnya alahan teruk masa awal awal tu. Lepastu dengan khalisah kena hmfd lagi demam kena warded lagi.

Dan... yang paling segan sebab sangat sangat gemok masa pegnen kalini. Beza sangat masa ngandungkan khalisah. Berat sebelum pegnen pun memang dah berat 60kg. Last sebelum beranak timbang ialah 82kg okeh! Gemok ke gemok??

Pergi skola keje hari hari akhir sebelum beranak pun hari hari cikgu cikgu skola tanya bila nak beranak tu nampak tak larat sangat dah. Memang iye. Dengan badan macam gajah. Jalan dah macam apa. Kaki bengkak teruk. Perut beso amat.

Akhirnya tanggal 28.1 raya cina keluarlah abdul khaliq ni. Lega 1 perkara. Kena tempuh pantang dulu nak kena dapatkan balik 60kg sebelum pegnen tu. Harini hari ke 20 berat dalam 68++kg guna timbang rumah. Semoga target 60kg tu tercapai bila tiba waktunya. Aamiin..

Panjang dah ni. Bab beranak tu tanak cite sebab 2 2 kali beranak 2 2 kali jugak tak pandai push angkat bontot. Jahit banyak dan bleeding banyak. Itu je pendekkan cite. Hehe. Masih terbayang lagi.



Semoga ada kesempatan lain cik zira update blog merah ni lagi k. Doakan cik zira kurus balik tau. Kurus kurus kurus.

1 comment:

Nurfilzahnurfya said...

tahniah kak ziraa dpt baby boy. alhamdulillah da sepasang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails