SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 7, 2017

kebaya nyonya khalisah

Ibu ni memang lama sangat dah berkenan dengan kebaya nyonya tapi tak pernah beli. Kalau kebaya arwah mak dulu banyakla dengan kain batik zaman dulu tu.

Time slim dulu bolehla berangan nak berkebaya nyonya bagai. Sekarang lepas beranak dah nak habis pantang pun tak dapat berat asal lagi acane nak pakai kebaya?? Dalam mimpi jela..

Jadinya. Bila hasrat tak tercapai. Kita transfer kepada anak. Ini untungnya bila ada anak dara tau. Boleh gaya gayakan dia. Pulaknya khalisah ni memang kaki melaram. Lepastu apa yang ibu belikan sume dia jaga elok elok. Sebab tu la tak kisah nak belikan dia apa pun. Dia jenis cermat setelah mendapat ibu garang macam ghimau.

Berbalik kisah kebaya nyonya..
Banyak kali survey kat ig sume harga rm100 sepasang untuk budak budak. Jadi memang tak belilah.

Last last baru ni ada 1 ig ni jual kebaya nyonya budak. Alahai cantik cantik. Bila pm tanya harga alahai murah. Saja gurau minta diskaun sebab beli dua pasang dapatlah kurang rm2. Hehe. Jadilah.

Nak warna merah untuk khalisah tapi habis pulak. Jadi amek hitam dengan purple.



Dah sampai kebaya nyonya khalisah ibu yang teruja buka dulu tengok sebab khalisah pegi skola. Alahai memang cantik. Tak saba nak suruh khalisah pakai. Saiz pun ok kena amek saiz budak umo 5 tahun sebab khalisah tinggi. Itupun muat muat. Harap harap sempatla pakai raya.

Khalisah balik skola terus suruh dia cuba. Sukalah khalisah. Pastu bila suh amek gamba memang posing la terus dia. Dahla suruh amek gamba banyak banyak. Malas ibu nak layan. Apa dia ingat dia model ke.




Ibu dah basuh dah iron dah gantung elok elok. Simpan untuk pakai raya. Tahun ni turn raya penang. Lepastu blk jb seminggu. Berayala kitorang puas puas.

Ibu tak slim dah. Kalau tak boleh join khalisah pakai kebaya nyonya.. :(

1 comment:

Unknown said...

Dear, apa nama ig tu?
nk beli utk anak jgk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails