SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, September 11, 2017

Khalisah macam ibu 😅

Dididik dan didisplinkan oleh ibu makanya khalisah ni ikut apa yang ibu ajar dan apa ibu buat hari hari.

Ibu jenis orang yang sistematik. Sume nak nampak elok tersusun teratur je. Jadi bila nak buat satu satu benda tu kenalah buat bagi elok.

Alkisah skola khalisah kalau ada birthday sape sape akan dapat kertas undangan la konon konon nya.

Haritu dapat sekali dua. 1 isabella 1 lagi firas. Ada dalam 1 laci tu memang ibu beli dan simpan siap siap hadiah besday untuk kawan kawan sekolah khalisah.

Khalisah balik balik rumah dia terus menuju ke laci tersebut dan siapkan hadiah untuk dua dua kawan dia tu.

"Ibu dah siap. 1 untuk isabella 1 untuk firas tau. Nanti ibu balut ok."




Bila ibu tengok ibu senyum. Pandai khalisah cari hadiah untuk lelaki hadiah untuk perempuan.

Suka jerit pun ikut ibu. Tak suka sepah sepah pun ikut ibu. Suka marah marah pun ikut ibu. Lepas main kemas letak balik mana amek pun ikut ibu. Habis tu dah ibu yang jaga kan? 😆

1 comment:

kak ell said...

khalisah dah besar, how time flies dulu selalu baca blog awak :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails