SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, September 21, 2017

Mainan khalisah mainan ibu

Khalisah ada playroom. Ibu buat dekat 1 bilik merangkumi bilik kerja ibu dan bilik menyimpan segala kain baju yang ada.

Banyak mainan yang ibu belikan khalisah dari dulu sebenarnya ibu yang berkenan. Tengok mainan macam macam sekarang kan. Kalau masuk kedai mainan yang penuh mainan tu ibu plak yang teruja lebih. Rasa macam semua sekali nak beli simpan kat playroom tu.

Sekarang ada khaliq tapi khaliq tak jalan lagi. Tunggu khaliq dah jalan nanti mainlah sama dua dua beradik ni. Punggah pastu kena kemas balik. Kalau tak kemas tahulah ibu jadi apa.

Ada sekali tu nak membeli stand ikea gatal tengok mainan budak budak skali. Kirimlah sekali katil mainan, kaunter duit dengan soft toys buah buahan. Tu pun dah kawal nafsu dah kalau tak banyak lagi nak membelinya.



Dapat je katil tu khalisah suruh pasang terus. Ibu pun pasangkanlah. Dah siap apa lagi teruslah main mak anak khalisah tu. Dia jadi mak patung jadi anak dia. Bab berlakon khalisah memang win.. jadi maklah jadi cikgulah jadi tukang jual la. Berangan je keje dia.

Ibu buat buat tak nampak je khalisah main. Padahal dalam hati gelak bukan main 😅

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails