Assalamualaikum buat semua yang bercuti berehat bersama anak anak tersayang. Cik zira dah siap masak awal awal. Kerja rumah pun dah setel. Jadi harini dapat berehat rehat. Cuma petang petang jap lagi nak mengemas baju baju khalisah mana yang kecik dah tak muat pakai nak simpan dalam kotak dulu.
Harini pagi tadi dah pung pang kat dapur dah. Masak untuk harini. Apa cik zira masak?
1. Sup tulang campur. Cik zira masukkan skali chicken ball dan carrot. Tulang tu sikit je jadi tambah chicken ball buat lauk skali dengam carrot.
2. Sotong goreng tepung. Menjadi harini nak garing garing.
3. Sayur kobis goreng.
4. Bubur nasi untuk khaliq.
Sekarang duk berehat sambil tengok khalisah main cikgu cikgu. Khaliq duk dalam walker main sorang sorang pusing 1 rumah.
Selamat berhujung minggu yang panjang buat semua. Rehat ok. Nanti isnin banyak kerja nak kena buat dah nak hujung hujung tahun ni kan.
No comments:
Post a Comment