SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, October 14, 2017

Terima kasih khalisah

Walau kadang khalisah suka buat ibu sakit hati tapi kadang jugak khalisah buat ibu tersenyum.

Walau khalisah umo 4 tahun tapi kalau nak banding dengan anak orang umo sama macam khalisah ibu syukur sebab khalisah berdikari lebih dari umo khalisah.

Terima kasih khalisah sebab selalu tolong ibu. Terima kasih khalisah sebab sabar dengan ibu walaupun hari hari ibu bebel jerit dekat khalisah.

Khalisah akan tetap dan selamanya jadi kesayangan ibu sebab khalisah yang pertama bagi peluang ibu jadi ibu.

Walaupun khalisah ingat ibu tak sayang khalisah tapi dalam hati ibu hanya tuhan je yang tahu ibu syukur dapat anak macam khalisah.

Alhamdulillah.



Gamba ni khalisah tolong ibu bukakan pintu sebab ibu tengah susukan adik dalam kereta. Dia amek kosi kat pondok nak panjat sebab tak sampai nak buka pintu. Lepastu tolong ibu angkat sume barang dalam kereta sebab ibu angkat adik tido.

Sebab tu ibu sayang khalisah 😙😘


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails