SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, August 28, 2018

aeon jusco dato onn jb




Assalamualaikum wbt salam sayang buat semua.
harini cik zira nak bercerita pasal cik zira berdating dengan bff kesayangan cik zira, emelya yang dah masuk 16 tahun kitorang kenal rapat dan sayang. sekoga kekal lah sampai bila bila hubungan bermakna ni.

alkisah. cik zira kalau balik jb wajib nak jumpa. haritu masa raya dapat jumpa sekejap je emy dan eddy tolong hantar cik zira khalisah khaliq ke epot.

kalini balik bulan 8 cuti raya haji ni dapatlah berdating mama ibu dan anak anak. cuma aqeed je tak dapat join. tunggu aqeed beso kita dating sekali ye birthday boy.

kalini kitorang berdating dekat aeon jusco dato onn sebab cik zira tak pernah gi situ lagi. kalau nak berdating jadi mak mak ni kena cari tempat yang ada tempat makan dengan tempat main anak anak. biasanta akan cari mall mall yang ada dua ni. terima kasih emy dan kafeel bawa ibu khalisah khaliq jalan jalan dekat sini😍

jusco tebrau fanpekka dah 3x jugak pergi. jadi kalini ubah ke aeon jusco dato onn plak. tempat baru.

alangkah bestnya sebab lengang. pergi hari jumaat. kul 12pm macam tu sampai parking senang lepastu orang tak ramai.

pilihan makanan banyak sangat sampai tak tahu nak makan dekat mana. puas jalan cari tempat nak makan. kena makan dulu sebelum masuk tempat main.

last last makan dekat food court dia je. banyak pilihan makanan. tempat dia pun cantik sangat sangat siap ada ruang untuk kanak kanak. seyes cantik. aeon baru biasanya design memang cantik sangat cik zira suka.






lalu makanla kitorang dekat bahagian kanak kanak tu. makan apa? khalisah makan yong tauhu. cik zira makan spageti dan nasi putih butter fish. banyak lagi pilihan makanan sedap dan menarik dekat food court tu. selain food court restoran lain banyak jugak makanan korea dan macam macam lagi ada. next time boleh try plak kalau balik jb lagi. bab makan memang suka kan kan🤣





habis makan bawa budak bertiga ni masuk kidzoona. weekend rate ialah rm19 parents free sebab jaga anak. kalau weekdays rm12 tak silap. mainlah puas puas berjam jam dalam tu. semua aeon baru ada kidzoona yang best untuk anak anak nak main. 



lepastu nak zohor cik zira ke surau level yang sama dengan kidzoona tu. Ya Allah bestnya. sorang sorang tenang sangat. bersih. telekung sume elok bersih. suka sangat.



yang best lagi satu ialah ada toilet asing untuk bebudak. comel sangat. barulah semangat anak anak nak kencing segala. kalau tak suh kencing susah betul kan. bila ada toilet comel macam tu semangatla budak budak nak buat semua sendiri sebab ada toilet khas untuk dorang.


dan macam biasa jugak ada bilik khas untuk baby tuka pampers nak buat susu nak feeding baby. 




lepas solat sempat masuk jusco sekejap jumpa jelly bag budak yang comel sangat. nasib baik sangat takde warna merah kalau ada konpem da membuat rembatan kencang😅


aeon jusco yang baru baru design dan keselesaan memang tiptop. macam aeon jusco queensbay pun dah diupgrade jugak macam ni cuma takde kidzoona yang beso je kecik je. kalau aeon bm ada dan design pun cantik selesa kids dan baby friendly. 



jangan jadikan alasan takde masa nak bawa anak anak berjalan. lima hari dah sekolah kerja sibuk masa terhad untuk anak anak. apa salahnya time weekend la kita bawa anak anak keluar jalan makan main untuk luangkan masa dengan anak anak bagi dorang happy. senang je kan buat semua ni😍

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails