zaman cik zira tak dapat hantaran macam ni sume. namun rezeki lepas kahwin perlahan lahan dapat miliki sebahagian besar apa yang diimpikan oleh insan bernama isteri dan ibu😍
sekarang takyahla hantaran kasut makeup perfume baju la bagai. jom tengok hantaran apa yang best untuk bakal isteri korang. konpem korang bakal suami akan disayangi sangat sebab apa sebab barang hantaran ni sume pun isteri akan guna untuk mengharmonikan rumah tangga jugak nanti.
jom check sama sama:
1. set pinggan mangkuk/set periuk - oh yang inilah barulah lepas masak cik puan isteri akan hidang makanan secantiknya untuk tambat hati dan perut kamu wahai sang suami. kalau dapat hantaran ni la korang jangan risau sebab dia akan membawa sampai ke anak cucu cicit percayalah. boleh dibawa turun temurun sebab tahan lama. tak kisahla corelle ke corningware ke vision ke tefal ke salah satu set atau nak kesemua kan skali lagi bagus. susun cecantik atas dulang hantaran tu. tukang bawa hati hati nah barang kaca mahal plak tu kena bawa sambil berdoa
2. aircond - ya Allah ni wajib kena ada bila masuk rumah. haisyh takkan nak buh ekon atas dulang hantaran. toksahla. frame kan resit aircond tu letak atas dulang hantaran. ada pernah orang buat tak. bilik sejuk barulah bertambah romantis hidup suami isteri ye dak. tak bestla panas panas pakai kipas je. ada ekon baru best😆
3. dryer/mesin pengering baju - oh selain mesin basuh yang wajib memang kena ada. zaman sekarang dryer pun sangat penting. membantu sekiramya hari hujan. atau rumah atas yang susah takde tempat nak jemur baju. korang bakal suami hadiahkan hantaran yang ini bakal isteri korang memang akan senyum sampai ke sudah. tak percaya wajiblah jadikan ni pun hantaran. resit dan gamba frame letak atas dulang hantaran jugak.
4. iron philips - baju nak ber iron kan pergi kerja. siapa yang iron kan kalau tak si isteri nanti. please please please belikan ni sebagai hantaran kahwin. ya Allah seyes memang isteri mana tak suka dapat benda alah magic ni. sangat memudahkan kerja gosok menggosok baju nanti. beli skali iron board dia tau😀
5. airfryer/microwave - ini pun cadangan bagus jugak. menyenangkan masak memasak nak grill itu ini nak memasak secara sihat tanpa perlukan minyak. boleh dipertimbangkan sebagai hantaran jugak kan? Microwave plak senang nak panaskan lauk balik bila dah dihidang.
6. pressure cooker - siapa mak mak bini bini tak kenal noxxa memang tipu la. hehe. tapi sekarang bukan noxxa je macam macam brand pun ada pressure cooker ni. sangat best serius tak tipu. dengan pressure cooker ni la isteri isteri dapat masak macam macam lauk seperti chef hebat. tak percaya korang belikan sebagai hantaran lepas kahwin konpem dapat makan sup tulang, nasi arab, nasi beriyani, rendang la segala bagai hanya guna pressure cooker ni. dapur pun tak koto.
7. dyson vacuum - ini kalau rasa perlu best jugak tambah sebagai hantaran. takde dah nak menyapu bagai. usung je cordless vacuum ni merata satu rumah. bersih licin dari segala habuk. sangat ringan dan best. siapa dah guna tahu la kehebatan dia setanding harganya.
8. handphone - ini agak agak nak kasi tuka phone bakal isteri kepada yang update lattest lagi silakan. iphone X maybe. kata sayang kan
9. emas - Ya Allah ini wajib ni. tapi belikan yang lawa lawa yang design menarik tapi dalam masa sama bagi yang padu ye abang abang. jangan bagi yang kosong sebab emas ni berharga bila beli.
10. hantaran kasih sayang jiwa raga sepenuh hati - ini paling wajib. selain yang cadangan 9 di atas tu ini paling diperlukan dari seorang perempuan yang bakal upgrade diri sebagai isteri. bakal suami berjanji lah dengan Allah akan jaga didik sayang isterimu sepenuh hati sebab isteri adalah amanah. macam mana ibu bapa mendidik isteri itu dengan baik dia juga berharap kamu suami dapat menjaga dengan kasih sayang dan tanggung jawab dari semua segi.
ni semua cik zira bagi cadangan jek. kalau bakal suami hadiahkan barang barang macam ni dia sekaligus cuci kaki masuk rumah tau. bukan untuk isteri semata tapi untuk keharmonian menjaga rumah tangga nanti. memudahkan lagi tugas isteri menguruskan rumah kain baju makan pakai segala. suami yang dapat sediakan hantaran macam ni untuk kahwin memang best lah. isteri koranglah wanita paling happy dalam dunia.
kalau mampu apa salahnya kan. kata sayang. sayang kena bagi lah hadiah untuk menggembirakan kesayangan tu ye dak?? hehe
kalau pun kata tak mampu kita sama sama berdoa rezeki sentiasa murah dapat hadiahkan isteri benda benda best ni lepas kawen. hadiah anniversary ke hadiah birthday ke kan. hadiah sempena melahirkan zuriat. isteri konpem happy. serius cakap😀
oklah semoga bermanfaat. kalau kita baca dengan hati positif maka positif la respond kita untuk perkongsian cik zira kali ni. kalau negatif maka lahirlah fikiran fikiran tidak elok sepanjang membaca entry kalini. tepuk dada tanya selera.
hampir kesemua ni cik zira dah ada. pinggan mangkuk periuk ada yang arwah mak punya ada yang cik zira beli ada jugak hadiah kawen. lain lain ada beli sendiri ada encik suami hadiahkan. tapi semua lepas kawen. syukur alhamdulillah. sentiasa mensyukuri nikmat Allah berikan setiap saat bermula dari masih bernafas bernyawa sehinggalah kepada semuanya yang Allah kurniakan😊😀😁☺
No comments:
Post a Comment