SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 10, 2018

Ta Q Bin Chill Delivery

atok cik zira teringin sangat nak makan serabai yang femes dekat astaka tun sardon sebab atok selalu tengok dalam tv. pulak haritu masa cuti seminggu balik JB cik zira lupa sangat sangat nak beli bawa balik.

jadi untuk tidak menghampakan atok, cik zira usahakan jugak pos serabai ke JB.

untuk pengetahuan korang, TaQBin ada buat delivery untuk makanan. dan kalau macam serabai ni, cik zira guna yang delivery untuk chill je. tanak frozen takut nanti rosak.

cik zira beli serabai siap siap, lepastu masukkan dalam esbok bagi sejuk. esbok bahagian bawah je tau takyah masuk beku.

lepastu pack masuk dalam tupperware, kemudian balut dengan bubble wrap tebal tebal nak kasi sejuk tu tahan. ta q bin akan deliver makanan kita tu macam kita pack sendiri. jadi kita kena pack kemas kemas.



alhamdulillah serabai pun esoknya pagi pagi lagi kul 8 lebih dah selamat sampai JB dari penang sejuk sejuk lagi. panaskan dan bagi atok makan. atok happy senyum je sambil makan. dapatlah jugak atok merasa makan serabai penang yang femes tu.

serabai dipanaskan selamat sampai jb


sebelum ni pun cik zira pernah beli sambal dengan kawan cik zira dia guna servis chill delivery ni la anta sambal 2 peket dari pasir gudang ke penang. dapat sambal pun sejuk sejuk lagi. sebab tu la masa nak pos serabai cik zira pun guna ta q bin ni. trusted. korang cubalah nanti ok.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails