TRIP KE TANAH ABANG JAKARTA PART 1 : TIKET AIRASIA
kisahnya begini. cik zira tengok dekat fb kawan maktab dulu dia share dia ke jakarta dan shopping di Tanah Abang. tengok je gamba ada baju lace dan batik ready made buat cik zira tak senang duduk dah. terus google dan baca baca info dan banyak bertanya kawan tu sebab di baru je balik.
cik zira tak suka travel kalau tak betul betul lagi lagi tempat orang. tapi semangat kalini len macam. dan syukur atok nenek nak jagakan khalisah khaliq. pertama kali tinggal khaliq tapi tawakal dan doa dia ok duduk ngan atok nenek. plus kakak dia ada boleh jagakan sekali.
ok cik zira start survey tiket airasia. naik dari klia2 sebab dari melaka dengan adik bongsu. beli tiket 5 disember. dari klia2 hari selasa 11 disember dan balik ke klia2 dari jakarta 13 disember. trip yang singkat je sebab memang tujuan nak shopping di tanah abang je tanak ke mana mana.
11 disember tu amek flight kedua last gerak dari klia2 7.25pm sampai jakarta 9.25pm waktu malaysia tapi jakarta timing dia sejam lewat tau. harga tiket masa pergi ni RM159 sorang pastu beli seat dan beli makanan sebab flight 2 jam konpem lapo. lagipun tak bawa anak bolehla nak makan dalam kapal. kalau tak jenuh makan khaliq buat sepah nanti.
tiket balik dari jakarta RM139 sorang tapi cik zira upgrade yang flexi add on RM49 dapat sekali 20kg luggage boleh pilih seat harga murah tu dengan dapat makanan.
disebabkan beli pun last minit kan tiba tiba rasa nak pergi main beli je total return tiket klia2 ke jakarta untuk 2 orang cik zira dan ina adik bongsu ialah RM784.80.
sorang return dalam nak dekat RM400 jugaklah. cik zira bagi tahu ni supaya korang dapat bajet untuk tiket kapal terbang. kalau beli yang murah dapat yang murah lagi jimatlah untuk tiket kapal terbang.
entry lepasni cik zira share tempat parking best untuk korang yang nak tinggal kereta nak ke airport tu k 😀
No comments:
Post a Comment