SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, May 21, 2019

kedai gunting muslimah gelugor, penang

susah kan kita yang bertudung ni nak cari kedai gunting rambut untuk muslimah. akhirnya cik zira dah jumpa, dan memang dekat la dalam kampung sg gelugor ni jugak. sederet dengan kedai runcit anekawan.

bukan gunting rambut je, hair treatment, facial treatment, makeup dan segala gala lah sume ada. buka seawal jam 10 pagi dan tutup jam 7 malam. boleh buat booking dulu senang sebelum nak datang sebab selalu ramai jugak sebab baru je buka bulan 3 haritu.



best sangat gunting rambut dekat sini. siap cuci pun best. murah pun murah.

khalisah gunting sket rambut bawah dia tu walaupun ibu sayang nak gunting sebab rambut tak pernah gunting sejak cukur baby yang pertama tu. tapi redha jugak gunting sebab dah berbelit rambut bawah dia. khalisah pun nak gunting sangat sangat.

ibu cuci gunting dan blow, khalisah gunting total RM38 je. murah kan. kalau pergi salon cina gunting je dah berapa. lagipun best sebab muslimah tau. tak risau aurat.

lepasni nak try makeup plak kot untuk dinner ke kan. nak gunting rambut confirm dah situ je.

korang boleh cuba. dekat sg gelugor ni je, dekat shoplot bawah flat tu je.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails