SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, June 3, 2020

check in Hard Rock Hotel lagi

bulan Februari haritu, sekali lagi cik zira check in dekat Hard Rock Hotel Penang sebab ada dinner dengan encik suami. tapi yang stay geng ibu ibu dan anak4.

dan macam biasa, kalau check in sini memang akan pilih bilik Roxy Kids Suite sebab bilik beso dan ada dua bilik dan khas untuk kids banyak yang best untuk dorang. walaupun masa tu check in weekend biasa tapi harga mahal jugak sebab booked last minit. RM800 lebih jugak untuk satu malam. tapi sebab encik suami yang belanja sebab dia ajak gi dinner dengan dia dekat kafe bawah tu je, cik zira on je. dapat bercuti, dapat dinner dapat bergaya ikut tema. memang suka lah sangat!







khalisah pun sampai dah hafal dah lokasi dekat hotel tu. bagi je kad sendiri dia pergi berjalan sendiri. siap boleh gi shopping lagi dekat kedai hard rock bawah tu. ibu pun takut nak masuk sebab mahal. dia boleh beli topi swimming untuk adik RM20. seb bek duit dia ada banyak tu je kalau ada banyak lagi, jenuh dia shopping macam mak dia ;)








duduk dalam bilik lama sebab dalam bilik pun macam macam ada. tengok movie. layan internet dekat fon. yelah dah bilik pun mahal kenalah duduk dalam bilik je. haha. turun pun pergi mandi pool kejap pastu balik bilik balik.

patutnya bulan April cik zira dan biras dengan anak4 ni pergi keriang hill tapi disebabkan covid19 dan pkp kan tak dapatlah bercuti sama sama lagi. dan tak tahulah bila boleh dapat bercuti lagi sebab kita kan hidup dalam norma baru. dah tak sama macam dulu.

takpelah, bila semua kembali pulih, kita bercuti lagi macam dulu. In Sha Allah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails