SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, September 18, 2020

handphone OPPO untuk khalisah

sebelum ni cik zira pernah belikan handphone yes untuk khalisah. tahun lepas, 2019. untuk dia belajar mengeja menaip guna whatsapp.

lepastu masa PKP haritu memang berguna lah phone dia tu sebab kerja sekolah online semua cik zira forward dekat phone dia suruh dia buat sendiri. takdelah berebut phone ibu.

dua bulan lepas, saja bawa dua ketul ni jalan jalan weekend macam biasa. pergi bukit jambul. memula jalan jalan, pastu berhenti depan kedai phone. ibu duk belek belek duk tanya pasal handphone, yang khalisah duk sibuk tanya ibu nak beli phone baru ke.





pastu dah tengok mana ok, suh dia pilih. apa lagi berbunga senyum sume lah cik kak tu. dia pilih OPPO sebab dia cakap beso, kamera pun macam best. harga dia RM599. memurah je kan phone zaman sekarang, RM299 pun boleh dapat handphone ok dah. zaman dulu dulu nak beli sebijik fon pun jenuh mahal.

happy khalisah. sebab fon yes dia pun asek buat hal, asek hang. dapat plak handphone baru. boleh amek gambar dengan video bebanyak. dia kan suka berangan kengkonon jadi utuber.

ibu upah dia sebab selama ni tolong ibu macam macam. lepastu sebab berdikari dalam banyak hal. tolong jagakan adik.

tak berhenti dia cakap terima kasih banyak kali.

bukan wang duit ringgit yang cik zira nak tekankan dekat sini. belilah jiwa anak anak, sebab hari hari sibuk kerja, time cuti lah masa untuk bersama anak anak luangkan masa dengan anak anak. beli jiwa balik sebab hari hari dah terpekik jerit bebel semua.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails