SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, June 23, 2021

Mini Garlic Chopper



Blender ada, lesung batu yang tradisional yang best tu pun ada. Tapi, jadi mak mak ni dia ada satu masa yang malas nak guna blender beso tu sebab nak blend sket je. Kadang ada masa malas nak tumbuk lesung batu. Memang ada kala malas tu akan sampai. 

Jadi, time malas ni sampailah, cik zira suka guna mini chopper. Sebab mudah sangat. Takyah nak bersusah payah. 

Dulu cik zira guna chopper yang tarik tarik pakai tangan tu yang warna merah ni. Memang best mudah je nak blend. Tarik beberapa kali hancurlah semua yang nak diblend tu. Lama jugak pakai yang merah ni sampailah habis riwayat dia sebab cik zira ganas tarik kuat sangat sampai terputus talinya. Setahun jugak berjasa. 


Pastu nak cari pengganti. Nak cari yang comel murah berguna berjasa. Tapi sayang takde warna merah. Ada warna putih je. Takpe, kita beli je sebab nak cari pengganti baru.

Ya Allah masa sampai tu happy tak terkata lah. Sangat best. Tak yah tarik tarik dah lagi. Tekan je atas tu laju je dia tolong hancurkan bahan bahan semua. 



Charge pun senang macam charge phone. Dia ada kasi wayar. Harga pun murah je alahai. Memang berbaloi la untuk ada dekat dapur kita semua. Time malas guna je chopper ni. Dahlah comel tapi kecik kecik cili api sungguh. 

Ni khairulaming pun review dekat IG story dia tau sama yang macam cik zira beli ni. Serius best tau korang.

Benda murah kadang lagi berguna dari yang mahal mahal. Tak percaya, korang cuba beli dulu satu😊

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails