SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 30, 2023

Pasta Tersedap di JB : Dapur Western

pencinta pasta, pencinta spageti sekalian alam. Kalau korang betul-betul boleh tahu sedap ke tidak spageti tu, sampai teringat-ingat, korang WAJIB cuba spageti dekat Halaman by dapur western ni. 

Location : 📍dapur western, Jalan Padang 1, Stulang Baru, 81100 Johor Bahru.

Dia dekat kawasan rumah tapi corner lot. 

Ada buka untuk sarapan menu sarapan yang sedap sedap. Untuk dinner ni la yang ada spageti tersedap cik zira pernah rasa setakat ni. Buka jam 5.30 petang sampai spageti sold out. 





Nasiblah haritu balik JB cuti sekolah bulan Mac sempat merasa. Lepastu esoknya nak repeat tutup rupanya. Sampai sekarang duk teringat ingat kesedapan spageti yang cikzira khalisah khaliq makan. 

Takpe, setiap kali balik JB pasni dah tahu dah nak makan dekat mana sebab alahai dekat sangat sangat dengan uma atok ni. 

Dahla sedap sangat. Pedas pun sedap. Portion pun sesuai kenyang sorang makan. Dan paling best, harga tu, harga tu murah lah korang. Kalau dekat kedai western lain tak dapat harga murah macam ni dan sesedap ini.

Haisyh, time taip ni pun kecur air liur. 

Untuk bulan puasa ni, dapur western buka untuk Iftar tapi by booking. Untuk moreh korang boleh walk in je. Ada menu tambahan khas bulan puasa je tau. 

Siapa dekat tu, silalah pergi makan sini. Cikzira ni nun di penang pun hari-hari stalk IG dorang. Serius teringat sedap spageti dorang. 

Untuk lebih lanjut boleh tengok IG dorang k : https://instagram.com/dapur.western?igshid=YmMyMTA2M2Y=

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails