SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, June 9, 2024

JJCM Penang : Kopi Pasta Club

ada satu tempat tersembunyi dekat area Sg Batu jalan nak ke Lexis Penang Hotel. ada satu flat belah kiri masuk simpang flat tu terus ke belakang ada laut.

oleh sebab lalu lalang dekat IG cikzira, jom kita cuba.

kafe ni dekat rumah yang direnovate jadi kedai makan. apa yang bestnya sebab kafe ni dekat laut jadi bestlah sket kan kalu siapa siapa nak makan ada pemandangan laut. 





sini ada kopi dan air yang refreshing tu. menu makanan pulak ada pizza, pasta dan snack ringan. tak banyak pilihan sangat sebab dia kafe yang santai santai. 

tapi kalau datang waktu sarapan, 7am sampai 1.30pm ada pilihan sarapan yang menarik jugak. yang ni cikzira tak cuba lagi.

ok, ni apa yang kitorang order, total RM99.

Classic Chicken Pizza RM37

Buttermilk Chicken Pasta RM19
(pedas sket sebab ada chilli flakes)

Chilli Beef Pasta RM19
(nama pun cili, penuh cili flakes, pedas)

Iced Caramel Macchiato RM13
Iced Classic Choc RM12

bolehlah kalau sesekali nak vibes hispter cafe yang ada pemandangan laut di penang ni. 

Lokasi : Sg Batu, Bayan Lepas.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails