SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, July 14, 2024

Homestay Pool Penang : Paddy Villea Cottage

rezeki cikzira dapat check in bawa khalisah dengan abdul khaliq dekat Paddy Villea Cottage ni. homestay ni ialah homestay design cottage yang ada private pool tau. yang bestnya cottage ni baru je siap dan sepatutnya open 20 Julai 2024 ni. tapi rezeki cikzira dapat check in awal. kiranya customer pertama la rasmikan cottage ni. 






cantikkk sangat sangat cottage ni comel tapi terrrlalu cantik, bersih dan sangat kemas. dari luar pun dah nampak english dan lawa. bila masuk dalam lagilah jatuh cinta terus.

masa cikzira jumpa cottage ni dekat fb, terus berkenan sebab pertamanya ada private pool keduanya sebab ada slide. 

dekat depan ada kerusi dan meja dining untuk lepak lepak makan depan cottage. dekat tingkat atas pun ada berandah untuk healing tengok keindahan ciptaan Allah, sawah padi yang terbentang luas. 



























masuk ada ruang tamu yang ada sofa ada tv. ada pantri yang ada semua kelengkapan asas. yang bestnya siap ada mesin basuh tau. peti ais pun ada. bilik air cantik siap ada bath tub tau korang. manalah tak kata best sangat kan. 

bilik ada satu di bawah yang bila buka sliding door terus ke kolam. di loteng atas sesuai untuk anak-anak sebab ada tiga tilam single yang comel. ada tent untuk anak-anak main dan disediakan jugak toys sket untuk hiburan. 

kettle, iron, tuala, sejadah pun ada. tuala disediakan 5 helai. sejadah pun ada 3. kelengkapan asas semua ada. ikutkan cottage ni boleh muat untuk ramai tapi disebabkan kitorang bertiga je tak kisahla janji dapat rasmikan cottage lawa ni😍

untuk harga sekarang sebab ada limited offer kalau weekdays RM360/malam untuk weekend RM400/malam. baik korang booking sekarang sebabnya kalau harga normal RM400/malam untuk weekdays dan RM450/malam untuk weekend dan public. tapi harga ni pun dah berbaloi sangat untuk homestay yang best cantik bersih selesa dan banyak spots OOTD cantik untuk bergambar.

boleh hubungi Amyra wasap.my/+601162804220 untuk buat booking sebab rasanya lepasni mesti ramai yang book sebab memang puas hati. korang tunggu apa lagi?

#homestaypoolpenang #homestayprivatepoolpenang #homestaypenang #homestaycottagepenang

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails