SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Saturday, July 13, 2024

JJCM Penang : Rozykozzy Cafe & Bistro

harini cikzira bawa khalisah dengan abdul khaliq check in di Paddy Villea Cottage di Permatang Pauh. yang ni cikzira cerita post lain eh. asalnya tujuan nak gi makan dekat Rozykozzy ni lah dekat kubang semang. maka tercheck in lah pulak dekat sini. 

untuk makan ala carte dan western bermula dari 4 petang. cikzira dine dengan tapau sekali untuk malam. ni apa yang cikzira khalisah dengan abdul khaliq order tadi:

char hor fun RM16.90

wantan noodle RM12.90

nasi daging masak lemak RM16.90

nasi goreng rozykozzy RM7.90

nasi ayam geprek RM15.90

nasi goreng cina RM7.90

masa sampai tu customer ada 3 meja. kitorang order, pastu berjalam dekat mart sebelah sekejap datang balik semua dah siap. yang bungkus pun siap. servis laju. portion besar dan harga standard cafe tapi berbaloi.

char hor fun sedap secukup rasa penuh bahan. khalisah makan nasi dengan daging masak lemak pun sedap dia kata. 

malam sambil tengok tv dekat cottage kitorang balun plak yang dah tapau siap siap tadi. senang sebab malam malas nak keluar dah.

siapa area kubang semang bolehlah try makan dekat rizykozzy cafe & bistro ni. kedai sebelah subaidah nasi kandar. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails