Sampai dalam pukul 12 tengah hari ada dalam 5 meja customer. Dalam sangat luas bersih dan interior cantik. Staf pun semua ramah mesra baik.
Pilihan makanan ada nasi dan pelbagai jenis lauk. Atau kalau taknak ala carte ada juga set nasi dan pelbagai noodles. Minuman dan pencuci mulut aiskrim pun ada. Kalau weekdays ada menu set yang menarik jugak untuk dipilih.
Ni apa yang cikzira order:
Stir Fried Noodles with Chicken RM15 |
Basil Chicken Rice with Egg Set RM12.50 |
Chicken Fries Rice with Egg Set RM12.50 |
Rad Na Noodles RM15 |
Fresh Orange RM14, Thai Iced Coffee RM8.50 |
Ice Cream Cup RM5.90/cup cookies cream & vanilla |
Dari segi harga kira standard restoran dan kafe tapi murah sikit walaupun restoran mewah dan eksklusif. Portion ok tak banyak tak sikit. Dari segi rasa pun ok macam kedai tomyam lain cuma ni makan dalam restoran.
Untuk dua minuman tu tak sedap tak kaw untuk harga macam tu. Lepasni kalau repeat cukuplah minum ais kosong yang bawa sendiri☺️
STATUS : boleh repeat untuk cuba menu lain✅
No comments:
Post a Comment