SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, August 25, 2024

JJCM Penang : Selaseh Restaurant Bukit Mertajam

Post JJCM Penang kalini cikzira nak review pulak satu restoran yang terletak di Bukit Mertajam. Dulu masa pergi restoran ni restoran chinese food. Sekarang dah tukar owner dan nama restoran ni Selaseh. Menyediakan sajian nasi dan pelbagai juadah lauk pauk kampung. 

Special kat sini ada daging wagyu sekali. kalini datang makan dengan peneman makan cikzira, farah geng skj. Dua ketul tak ada pergi main dengan sepupu. 

Sebelum pergi book siap-siap dan order booking RM50 deposit. Cik zira order nasi putih 3 dan dua jenis lauk sebab tak tahu portion macam mana. Order daging salai masak lemak cili padi dengan sotong masak sambal petai. 

Sampai sana baru tambah satu lagi nasi dengan watermelon juice. Sementara tunggu makanan dapat rempeyek kecik kecik sedap jugak. Dapat jugak air sejuk sorang secawan dan rasanya boleh refill. TOTAL SEMUA RM121 makan berdua sahaja. 












Licin kitorang dua makan sorang dua pinggan nasi dan lauk pun alhamdulillah licin. Portion kecik tapi sesuai untuk cikzira dan farah yang makan banyak. sesuai untuk dua pinggan nasi seorang. Kalau jenis makan sikit mungkin lauk tu akan lebih. 

Nak senang faham, kalau makan cili kampung portion besar sesuai untuk makan ramai-ramai. Makan dekat Selaseh ni lauk tu memang sesuai untuk portion 2 orang. Harga pun lebih kurang beza sikit je. 

Rasa sedap cumanya nak pi makan tu dari rumah cikzira 30 minit jugak. Korang boleh cuba pergi makan dekat sini sebab banyak pilihan lauk. Kalau saja saja jalan BM bolehlah singgah Selaseh. 

Restoran cantik bersih. Ekon pun sejuk. Kalau nak servis laju memang disarankan wasap sesiap untuk book dan order terus. Jadi sampai tak tunggu lama sangat. Dibuka setiap hari dari 12pm sampai 10pm. 

Kesimpulan untuk Selaseh Restoran : approved dan boleh repeat✅

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails