Sabtu, 10 Ogos 2024
Cikzira khalisah dengan abdul khaliq lunch dekat tempat baru di Sungai Dua. Nama kedai ni Foodport, kedai di shoplot tingkat 1. Menu tak banyak sangat jadi senang nak pilih. Ada coffee jugak dan ada pastries. Owner orang Muslim.
Ni apa yang kitorang order total semua RM72:
🍝 Pasta Tomyam RM17 - sedap. Datang sini wajib order ni ok. Sebab dia tak creamy sangat yang muak tu. Just nice kuah dia sedap sedar sedar habis sepinggan sat je.
🍝 Kury Teow Goreng Tetel - RM12. Portion besar, kuey teow banyak. Keropok moni penuh pinggan. Telur mata pun dapat. Daging saiz besar besar. Cumanya kalau pakai kuey teow halus mesti lagi ok tak berapa nak kembang sangat. Tapi sedap je.
🍜 Order Kids Meal set ada 3 menu order tiga tiga. Setiap 1 menu tu RM8 sekali dengan air strawberry. MINI Mee Kari + Ribena, MINI Bihun Sup + Ribena dengan MINI Soto Nasi + Ribena. Bolehla rasa yang kecik tak yah order yang besar. Cuma untuk budak tu portion keciklah dan takde sambal.
🍹Iced Lemon Tea RM7
🧋Iced Caramel Latte RM12
Cafe ni kecik comel je tapi deko dia lawa. Masuk-masuk je tenang mata memandang. Kitorang plak amek meja yang dekat tingkap nampak pemandangan luar.
Status Kedai ni : BOLEH REPEAT. APPROVED✅
No comments:
Post a Comment