SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Sunday, August 4, 2024

JJCM Penang : Restoran Cili Giling Perda

Tadi, bawa khalisah dengan abdul khaliq lunch dekat Restoran Cili Giling di Bandar Perda belakang KPJ Perda je. booking siap-siap supaya masa sampai taklah tunggu lama.

Kitorang duduk dekat tingkat atas sebab bawah dah penuh masa sampai tu. Lagipun seat bawah untuk ramai-ramai. Atas sesuai untuk 3-4 orang semeja.

Dekat sini hidangan nasi putih dan juadah lauk. Jadi ini apa yang cikzira order:
🍚 Nasi Putih RM2 x 2 pinggan
☕️ Kopi Ais RM3
🌶️🍗 Ayam Sambal RM10.90
🍆 Terung Berlado RM8.90
🦪 Masak Lomak Lala RM14.90
🍛 Set Gulai Ikan Nyok-Nyok (nasi, gulai ikan seketul bendi,ulam sambal belacan) RM14.90









Kalau macam taknak amek lauk ala carte korang boleh je order set nasi dengan lauk dapat ulam dan sambal belacan range harga RM14.90 macam tu. 

Kalau untuk makanan bergoreng ada jugak start 4 petang sampai 10 malam. Kedai ni buka seawal 11 pagi tau☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails