SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 22, 2025

Trip 3H2M ke Perlis : Day 1

memandangkan cuti deepavali dari sabtu sampai ke rabu, jadi cikzira bawa khalisah dengan abdul khaliq bercuti ke Perlis jelah sebab dekat. jalan pun highway tegak je takde pusing-pusing.



Day 1 : Isnin, 20 Oktober 2025

bertolak dari penang pun lewat jugak dalam pukul 10 lebih sebabnya hujan lebat. lepastu tak boleh drive laju sebab sepanjang perjalanan tu hujan lebat. 


berhenti dekat RnR Gurun nak tapau Ramly makan dalam kereta. beli burger oblong untuk ibu, chicken burger untuk adik, chicken chop untuk kakak. total semua RM37.30.


lepas kenyang makan ramly dalam kereta, teruskan perjalanan ke Perlis. sampai terus ke Peram Cafe. ngopi dulu dengan rasa bagel coklat + jem strawberry. ibu minum iced latte, khalisah iced matcha latte. Total RM34. pastu wajiblah bergambar depan bangunan cafe Peram ni kan tanda hadir dekat tempat viral ni.






dari Peram terus ke tempat nak check in, Kebun Mangga Harumanis Wan Pa. homestay ni cikzira memang save lama dalam list. kalau ke perlis, memang nak check in sini. nasib ada kosong. kitorang stay sini 1 malam. best sangat tau sini. nanti cikzira buat 1 post khas untuk review sini ok?


untuk dinner, kitorang makan dekat Sweet Ikan Bakar je sebab dekat dalam 6 minit je dari homestay. kedai pun cantik tengah sawah dan alhamdulillah sedap. makan tiga beranak licin : tomyam sotong, sotong goreng tepung (2 orang makan), daging masak merah, telur dadar, ulam sambal belacan, nasi 3 pinggan (portion nasi banyak tau). semua sedap dan total kena RM60. 

tamat day 1, abdul khaliq dapat mandi kolam lepas balik dari dinner. kolam dekat homestay ni boleh mandi 24 jam janji ada yang pantau kalau anak-anak nak mandi. 

nanti, cikzira post day 2 dan day 3 pulak tau☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails