SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, October 22, 2025

Kebun Mangga Harumanis Wan Pa, Perlis

sebenarnya lama dah tau homestay ni masuk list cikzira kalau nak check in di Perlis. dan nampaknya dapat jugak check in dekat sini : Kebun Mangga Harumanis Wan Pa. lokasi dekat Jalan Bintong, Kangar Perlis. dekat sangat dengan Sadiah Cafe dan Warung Tepi Sawah. tapi, masa check in ni, Sadiah Cafe tutup la plak. tak dapat nak try. dapat try warung tepi sawah je. 

ok jom cikzira review eh apa yang best staycation dekat sini. 















mula-mula cerita pasal rumah yang kitorang check in. nama rumah ni rumah chelian. harga RM165/malam. rumah ni warna pink, dekat dengan pagar masuk, berdepan dengan receptionist. dalam ni tak silap cikzira ada 6 buah rumah. semua cantik. 

rumah chelian ni, ada katil queen, pastu ada kerusi nak ngopi, tv, peti sejuk, aircond dan bestnya bilik air luas tau. siap ada bathtub. abdul khaliq dua kali berendam dalam bathtub tu, healing🤣







sampai sampai je masa check in, dapat seplastik penuh makanan ikan, boleh bagi makanan dekat ikan dalam kolam tu. memang bestlah kan. letak je barang dalam bilik, terus ke kolam nak bagi makan ikan. 











sekitar homestay ni pulak, Ya Allah cantik sangat. banyak sangat port ootd yang cantik cantik wajib korang bergambar kalau check in sini. angsa pun ada tau boleh kasi makan jugak, nanti ada staf assist bagi makanan untuk angsa tu. 

ada pantri jugak kalau nak masak atau panaskan makanan. coway pun ada boleh tekan je nak air sejuk atau panas. nak kayuh basikal pun boleh keliling kampung. best kan?



kolam pun bersih. kedalaman kolam 4 kaki. abdul khaliq dah sampai. tapi budak budak jangan risau, ada disediakan life jacket. boleh je mandi pagi petang siang malam selagi check in situ. abdul khaliq mandi malam day 1 tu dengan pagi day 2. puas hati la dia dapat mandi kolam lama. 












yang best lagi, boleh main bot comel tu dengan ada kayak jugak. semua kena sendiri tapi kena hati hati la, pakai life jacket untuk keselamatan. petang tu dua ketul ni main, pagi nak check out tu pun main lagi. 








kesimpulannya, kalau lah datang bercuti perlis lagi, memang nak repeat lagi sini, sebab harga murah bilik cantik, kawasan cantik dan best sangat sebab banyak je aktiviti boleh buat selain mandi kolam. 

lepastu best lagi, Sadiah Cafe seminit je. Warung Tepi Sawah 2 minit macam tu. pastu malam boleh makan dekat Sweet Ikan Bakar kalau nak makan tomyam ke seafood ke, sedap jugak sini. 

BEST KAN? 
korang boleh check in sini, kalau nak bercuti dekat Perlis tau. cikzira memang recommend. owner dan staf semua baik. ni contact number : wasap.my/+60192169070 ☺️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails