SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, October 23, 2025

Trip 3H2M ke Perlis : Day 2

Trip ke Perlis 3h2m di hari kedua : Selasa, 21 Oktober 2025

1. Bangun pagi lepas subuh, dalam 7 lebih sebelum matahari naik dah kena teman abdul khaliq mandi kolam. malam tadi tu dah mandi, pepagi pun nak sambung mandi. tak rugi bawa dia memang akan manfaatkan kolam yang ada dengan sebaiknya.


2. stop kejap mandi kolam, main bot balik dengan kayak pulak. semalam main bot je, harini khalisah main kayak pulak tapi kena hati hati ya sebab semua atas tanggungjawab sendiri. 




3. habis main bot dan kayak, abdul khaliq sambung mandi kolam balik. ibu kakak dah masuk bilik dah nak mandi bersiap nak pergi makan. 

4. pergi makan dekat Warung Tepi Sawah dari homestay dalam 2-3 minit je dekat sangat. sampai tu dalam pukul 11.15am masih ada makanan lagi. ibu order kueyteow kerang, khalisah CKT kerang telur mata. RM15. lepastu teh ais dengan kopi ais RM6. tapaukan adik mee wantan kicap ayam RM8. 

5. lepas licin makan, amek ootd dulu lah kan tanda hadir. pemandangan pun cantik, kawasan sawah padi. 




6. dah kemas bilik, masukkan barang dalam kereta. ibu suap adik makan mee wantan laju laju kalau tak suap sejam kena tunggu dia makan. kakak sambung bagi makanan dekat ikan habiskan makanan yang ada. lepastu macam biasa wajib bergambar kenangan 3 beranak sebelum check out. TERIMA KASIH Kebun Mangga Harumanis Wan Pa. sangat berpuas hati. recommended!






7. check out, khalisah nak mencari guardian dengan watson nak beli barang makeup dia. masuk giant takde. waze jumpa dekat pekan kangar, guardian dengan watson sebelah je. lepas setel, terus ke dobi basuh keringkan baju.

8. dah lapar balik, waze yang terdekat, lunch di Harmony's Cafe. lawa sangat kedai. port ootd cantik. ibu order seafood aglio olio. adik kakak chicken buttermilk (nasi dia keras) khalisah wajib iced matcha latte. Total makan sini RM61.70.

9. dah kenyang makan. terus menuju ke homestay kedua perjalanan dalam 17 minit. sampailah ke Orang-Orang Village. sini style kabin. ada 5 kabin hitam dan ada pool. lepastu pemandangan sawah macam biasa dan bestnya sebab ada tempat untuk bergambar cantik cantik. 





10. petang ibu kakak amek ootd dengan video. adik tengok tv dalam bilik je. dia dah kenyang ibu oder nasi lemak dua bungkus dia balun. kolam tak boleh mandi lagi. esoknya baru boleh. 

11. malam pergi tapau CKT dekat Boy CKT dalam 7 minit dari homestay. dekat dengan maktab perlis. tapau makan dekat bilik. tengok drama Vannakam Cikgu dekat tv je malam tu aktiviti tiga beranak.

12. sebelum tido, sempat lagi kakak ajar adik naik basikal 2 tauar je sebab adik tak pandai lagi dia taknak belajar. tapi dia cuba jugak push diri dia cuba imbang badan dan kayuh, good job adik!

13. malam tido lena dua beradik, ibu yang asek terjaga sebab hujan terlampau lebat sampailah ke subuh lebat. 

Sekian, Day 2 Trip Perlis❤️

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails