SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, November 19, 2009

1 dress 2 gaya


pada sape2 yg dah lama polo molo belog merah cik zira ni, makanya tahula bahawa dress ini adalah dress kesayangan jantung hati cik zira sbb ini adalah dress arwah mak yg masih elok dan baru 2 kali sahaja cik zira pakai,,
kira dress ni usianya dah berpuluh2 tahun tau,,


dress labuh yg kain nya sedap dan cutting dia mmg nampak badan cantik pakai dan dekat bahagian tangan ada butang kat hujungnya,,
mmg cantik la sebab kembang kat bawahnye
comel la sape pakai,hehee
tp disebabkan cik zira jek boleh pakai dress ni, maka cik zira la yg comel itu,,kekeke


sudah, ni entry nak bg tips bukan entry perasan nak puji diri sendiri ye wahai cik hazirah


okeh, untuk entry kali ni cik zira nak bagi tips la sket
maklumlah, cik zira ni bukanlah artis glamer pon, hanya insan biasa yg mahu berkongsi cara dan style cik zira yg mana tahu kot2 leh dijadikan panduan buat sesiapa yg mahu tampil berbeza ke kan


kt mulakan dengan asas nye ye,,
jika anda ada 1 dress
macam cik zira, cik zira bagi contoh dress arwah mak cik zira ni la
cik zira baru pakai hanya 2 kali dan 2-2 kali tuh la cik zira tampil berbeza


gaya yang pertama ::
dress tuh cik zira pakai dengan belt kaler coklat dekat bahagian pinggang
lepas tuh, tudung plak cik zira gayakan dengan shawl plain kaler ijau terang dipadankan dengan anak tdg syria kaler coklat dengan merah, merah harus ade ye walaupon sekelumit,,ngee
pastu, cik zira time ni pakai dengan heels crocodile wane gold cik zira
dan oleh kerana time ni amek gamba photoshoot, ala2 melaram la jugak kan di tengah panas terik dekat Taman Merdeka tuh,,
so, ini gaya pertama, simple jek sebenarnya tp dengan make up yg sesuai, kena pandaila gayakannye,,


eh, sory tau, time ni tanggal wedges putih tu plak,,ngee, nampak stokin hitam jek,,


gaya kedua ::
untuk gaya kedua ni, sangat simple sbb masa ni gi jemputan uma sedara dan tersangatla kelam kabut sampai pakai make up dan pakai tudung dalam keta
dengan dress yang sama, cik zira hanya padankan dress ini dengan tudung hitam ariani tuh dengan wedges putih cantik cik zira tuh
simple tetapi stil nampak menarik kan sbb tak la nampak melaram sangat time ni



so, tips untuk kali ini ialah :
  • jika anda ada sehelai dress, anda boleh gayakan penampilan anda bukan hanya dengan gaya yang sama
  • padanan tudung dan kasut yang sesuai jugak dan berlainan akan menampilkan gaya anda bersama dress yang sama tetapi gaya yang berbeza
  • pastikan tudung yang dipadankan sesuai dengan warna dress, kalo nak lawan kaler pon, pastikan kaler yg berlawanan itu stil nampak masuk dan takdela nampak macam badut (bak kata seseorang yg pernah tegur cik zira di shoutbox cik zira tuh, dia kata cik zira selalu pakai banyak wane, nampak macam badut), cik zira terima teguran itu, sbb sebelum cik zira pakai sesuatu pakaian tu, cik zira akan cermin dulu diri cik zira, cik zira akan tanya pendapat kawan2 cik zira sesuai ke idak padanan warna cik zira tuh, so, takkanla cik zira nak buat diri cik zira jadi badut kan? so, korang pk sendiri la ye, nak matching kan kaler boleh, tp biarlah nampak sesuai lagi dan jangan lihatkan diri korang macam badut ye, so far setakat ni, padanan kaler cik zira okeh lagi takdelah sampai 5-6 kaler dalam satu gaya, paling banyak pon cik zira padankan 3-4 kaler sahaja n stil nampak ok,,okeh sume? yela, kalo artis tuh, pakai kaler campur2 mengarut2, takde plak yg kisah, ni sbb cik zira bukan artis kot,, ye ke? hee
  • lepas tuh, aksesori jugak penting tau,, macam cik zira, belt coklat tuh cik zira pakai dalam gaya pertama dan nampak lain la sket dengan gaya kedua tanpa aksesori ape2,, jadi ingat ye, aksesori pon memainkan peranan penting, kalo dress macam cik zira tuh, kalo nak pakai rantai, better pakai rantai jenis labuh kaler siler atau pon rantai labuh jenis beso2 tuh tp plain kaler,,baru nampak naik dengan dress tuh
  • pastikan jugak, anda pakai dress anda sesuai dengan tempat yang anda ingin hadiri k? janganla pakai dress macam cik zira dalam gaya pertama tuh tp setakat nak lepak2 jalan2 kat tepi pantai, cam tak kena la plak kan, tengok ke mana anda nak tuju dan sesuai ke tak dress anda tuh nak dipakai ke tempat itu, tanakla nanti org tgk pelik semacam je kan pandang2 jeling2 ngumpat2 la,,hee,,ingat tau
  • pe lagi ea, ha, nak bg tahu jugak, kalo dress ni sesuai digayakan dengan heels la selalunya, tp ada juga yg jenis sempoi kan, dorang suka pakai dress, pastu sarung cardi then pakai flip flop jek, cantik jugak, itu terpulang pada gaya masing2 dan tempat yg korang pergi tuh, tp buat yang bertudung kan, cik zira rasa, kalo boleh carilah dress yg lengan panjang cenggini takpon kalo takde lengan, sarungkan cardi o mix dengan inner,,okeh?

em, itu je kot sedikit sebanyak tips yg cik zira leh bagi kalo nak gayakan sehelai dress yang sama tapi tampil berbeza,,

yela kan, kadang2 kita akan pakai balik baju yg sama, tp tak nakla org pasan sangat kan? jadi, buatkan kelainan sket, walau hanya pakai dengan tudung berbeza, stil nampak perbezaan kan?


sbb cik zira ni banyak baju, so jarang la ulang baju sama, tu bila nak pakai baju sama tuh, kena nampak lain, supaya org takkan kata, eh baju sama ea? biarla orang kata, eh, baju ari tuh ke? tp kenapa nampak lain ea?,, ha yang tuh baru sedap didengar bukan? hee


okeh, tips kali ni simple jek kot, agak2 membantu, okehla kan, kalo tak tuh, bace jela ye,,
cik zira bukan expert pon bab gaya2 ni, saje je nak berkongsi gaya sendiri kat sume yg singgah blog ni,,





~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 19 november 2009 7.50 p.m.

6 comments:

Azureen Azlan said...

suka gaya cik zira, nice :)

sy pun suka play with colors, n I love printed so much. pena gak kena tegur org ckp xmatch, n I just take it in a positive way utk perbaiki mana yg perlu. kan?

tp nak tegur tu, biar la berlapis sikit. ni sampai panggil org b*dut tu, kasar lah for me. sian cik zira :(

grrr.

Lyaa Suriany said...

hoho..kte ingat sal tu..
sesuka ht jek pgl org badut
dr sndri da ckp expert ke bab2 dress up
xpe sis..
variety kan gaya tu mmg pntng..
lya hr2 pn dok pk..
nk pkai style yg cmane lagi.
hehe
last but not least....
cyg kakak kite ni!!

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

ween~~ em, kt plak suka ween punya style sbb ween berani,,tu yg penting kan ween?
itula, takpe, kt terima teguran dia tuh tp kt stil ukur baju di badan sendiri, tahu mana kena mana tak kena,,lantakla org nak cakap ape pon,,


lyaa~~ yep, lya ngan kt mmg boleh geng,,
cayang adik ku yg sorang ni jugak,,muah muah

Wanie-san said...

pandai cik zira gayakan dress..
Chantek btl!=]

CPM honey_nurhaliza said...

lalingku,tips yg amat bgus...chaiyok2...psstttttt x rindu cpm kah?? x de msg2 pon...

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

wanie~~ thanx dear,,simple2 jek tuh,,


cpm kutercayang ~~ rindu sangat2,, bawu habis exam cpm,,t kt msg2 balik ye,,hee

rindu sangat2,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails