Kebetulan cik zira bercuti dekat rumah adik yang navy tu dekat Lumut, jadi alang alang kan book terus satu bilik dekat situ. Perjalanan dari lumut ke damai laut resort tu dalam 25-30 minit sebab nak masuk ke damai laut tu memang jauh ke dalam.
1. Harga bilik
π cik zira booking online direct apps hilton sebab dah register member.
π harga bilik twin guest room with balcony inc 1 adult breakfast RM522. (Ni harga sebab cuti perayaan deepavali kalau tak bilik ni boleh dapat harga RM300+)
π add on breakfast untuk 1 adult (adik cikzira) dengan two kids untuk khalisah dengan haura (anak sedara) sebabnya kids kena bayar kalau 6yo ke atas.
2. Twin guest room with balcony KLIK SINI
πcik zira booking melalui apps hilton Honors, jadi yang bestnya pagi tu cik zira nak buat online check in siap boleh pilih bilik tau. Jadi cik zira pilih bilik bawah. Padahal tak tahu pun maps hotel tu.
π bilik saiz dia standard dengan dua katil dan 1 sofa yang boleh tido. Ada balcony.
π bilik sangat baru dan moden. Kebetulan kitorang 3 beranak pakai baju tema grey sama warna dengan bilik.
π yang bestnya, toilet dengan bathroom berasingan. Jadi mudahlah takdelah nak berebut.
π sabun syampu semua dorang lekat dekat dinding mudah tak bergerak. Dan semua wangi sangat!
π bilik plak selevel dengan kids club dan dekat sangat. Nak ke pool pun dekat. Nak ke cafe je kena menapak sket sebab cafe sebelah pool.
π dengan apps tu cik zira boleh buka pintu bilik dengan fon je tak guna kad pun takpe.
π 4.5⭐️ untuk bilik.
3. Kids Club KLIK SINI
πsampai sampai petang tu lepas dah selfie dalam bilik semua. Kitorang jalan jalan sekali tengok kids club dia best. Macam macam ada.
π semuanya baru dan lengkap.
π toilet ada dua, sink pun semua comel dan bersih sangat.
π ada ruang untuk main play station yang ni khaliq suka sangat lah!
π ada mini cinema boleh layan kartun ke movie ke duduk atas bean bag tu.
π lepastu ada bilik bilik kecik yang bertema macam penjara, mall, library, workshop dan lain lain.
π staf semua pun sangat peramah dan rajin melayan budak budak.
π mak ayah boleh tinggalkan je anak anak dalam ni jangan risau selamat sebab staf jaga dengan baik. Lagipun kena tinggalkan nama no fon dan no bilik semua.
π budak budak ni petang pun duk dalam ni sebelum mandi kolam, malam lepas isyak pun lepak dekat kids club jugak sebab tutup 10pm macam tu.
π malam tu, staf nama kamilia yang layan dorang main dengan dorang semua.
π 5⭐️ untuk kids club dekat sini. Sume terbaik.
4. The Pool KLIK SINI
π ni sebab utama cik zira nak check in sangat dekat sini sebab tengok gambar kolam dia best. Ada banyak slides dan ada banyak sections kolamnya. Memang khas untuk kanak kanak bermandi sakan dan bermain.
π slides pun banyak untuk budak kecik kecik ada untuk budak yang berani macam khaliq pun ada. Dah jadi kerja si khaliq ni turun naik slides tak kisah penatπ€£
π anak anak kalau mandi dekat kolam sini memang syok lah sampai tak ingat nak balik bilik. Memang puas hati.
π cik zira memang kasi 5⭐️ untuk kolam dekat double Tree damai laut resort ni. Rasanya hotel dekat penang pun kalah takde yang ada kolam ada slides banyak macam ni.
π petang turun mandi kul 6 berhenti mandi nak maghrib tu. Esoknya lepas breakfast lepas main dekat taman dan pantai turun kolam kul 9 lebih macam tu sebab awal tu hujan kul 11 macam tu dah balik bilik.
5. Pantai dan playground KLIK SINI
π kawasan dekat hotel ni sangat cantik subhanallah.
π angin pun best sangat. Pantai bersih dan banyak aktiviti jugak disediakan dengan pakej menarik. Korang tanya je orang yang jaga dekat situ nanti.
π nak ke pantai kena turun tangga. Dekat situ pun ada taman permainan. Kiranya pagi pagi kalau lepas breakfast tu bolehlah budak budak main dekat taman tu dulu sebelum turun mandi dekat kolam.
π playground dia pun besarla jugak dan budak budak pun happy dapat main dekat situ.
π 4.5⭐️ untuk pantai dan playground.
6. Makan Cafe Breakfast KLIK SINI
π yang kena add on tu kanak-kanak sekepala RM24, dewasa RM46. Kira oklah harga untuk breakfast tu sebab pilihan makanan banyak. Kena makan banyak.
π makanan Melayu ada nasi goreng, nasi lemak, sambal tumis, kacang ikan bilis telur timun, rendang ayam.
π makanan Cina ada mee dan kuey teow sup bebola, steamed pau dengan dimsum.
π makanan India ada roti canai pelbagai jenis kuah kari
π ada cereals dan susu segar, buah buahan, salad, roti dan kek, pencuci mulut
π ada hashbrown nuget sosej roti telur untuk english brakfast.
π jus jus, ada coffee maker boleh buat kopi, ada mesin yang tekan je nak milo ke nak kopi ke teh ke mocha ke.
π bubur dan lauk lauknya pun ada.
π kitorang makan dekat luar sebab angin best sangat dan pemandangan pantai cantik. Cuma satu je nak keluar masuk amek makanan tu la pintu dia susah nak buka kalau tangan kiri kanan pegang makanan.
π cik zira bagi 4.5⭐️
Ha tu sume komen jujur cik zira sebab cik zira kan memang suka check in hotel dan kalau dekat penang pun dah banyak hotel jugak yang cik zira check in dan review.
Untuk Double Tree Hilton Damai Laut Resort ni cik zira nak repeat lagi tapi nanti boleh try bilik yang lain. In sha Allah.
Cikzira suggest korang bawa anak anak check in dekat sini gerenti puas hati dan anak anak pun happy sangat!
No comments:
Post a Comment