SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Wednesday, November 11, 2009

kalo mahu jadikan si dia suami, cuba fikirkan ini,,



amboi tajuk, tak mahu kalah, mahu jugak tulis panjang2,, yela, kadang2 kagum tengok belog2 org lain yg tajuk entry kan men panjang lagik, tp cik zira baru try yg kat atas ni, rasanya dah panjang da tuh,, lenkali nak try wat lagik tajuk lg panjang,,haha,,


okeh, entry kali ni entry tulisan dan pendapat peribadi cik zira ye, kira macam tips la jugak, tp tak tahula tips yang berguna atau pon tak, harap2 berguna la kepada sesiapa sahaja yang mahu memikirkannya ye??


cik zira selalu fikirkan perkara2 ini bila rasa nak fikir, sebab itulah cik zira nak berkongsi dengan korang dan mahu korang terutamanya kaum perempuan memikirkan perkara2 ini kalo mahu jadikan si dia suami,,


jika anda telah pon mempunyai kekasih hati, bf, pakwe, tunangan atau sebagainya, kira yang paling istimewa dalam hidup anda dan anda terasa si dialah pilihan hati bakal menjadi suami buat anda,, sila fikirkan perkara2 di bawah ini :

1. saat anda dinikahkan, saat akad dilafazkan, saat cincin disarungkan ke jari anda, saat anda mendapat ciuman di dahi anda, saat anda menyalam dan mencium tangan,, siapakah insan yang anda nampak di hari bermakna pernikahan anda, adakah si dia? adakah si dia itu yang akan bersama anda ketika dan saat manis itu??


2. saat anda bangun pagi dengan comot dan bau masam, rambut kusut masai, mungkin air liur basi di pipi anda, saat anda menoleh ke sebelah anda, adakah anda nampak si dia setiap pagi menemani pagi anda? bangun pagi dan tersenyum kepada anda? adakah si dia yang anda nampak?


3. andai anda sakit dan tidak bangun daripada katil, adakah si dia yang akan menjaga anda sehingga anda sembuh, menyediakan anda ubat dan segala makanan, menyuapkan anda makan dan membelai anda yang tidak sihat itu? adakah si dia yang anda nampak?


4. setiap pagi, anda menyediakan sarapan dan menunggu suami makan bersama, bersalaman dan berkucupan sebelum suami ke tempat kerja, adakah anda nampak si dia yang bakal anda buat begitu? adakah si dia yang anda nampak?


5. andai anda menerima berita gembira, anda mengandung, anda akan berkongsi kegembiraan itu bersama suami anda dan suami akan tersenyum gembira dan mengucapkan "terima kasih sayang" kepada anda atas kurniaan Allah itu, adakah si dia yang anda nampak yang akan berkongsi kegembiraan itu nanti?


6. sewaktu anda mengandung, anda mengidam dan sewaktu saat2 melahirkan, adakah si dia yang anda nampak akan bersama anda saat susah dan senang sehingga baby selamat dilahirkan ke dunia ini?? adakah si dia yang anda nampak akan menjadi ayah kepada anak2 anda?


7. andai anda tersangatla busy dengan kerja2 dan tiada masa untuk menguruskan dan mengemas rumah pada suatu hari, adakah anda nampak si dia yang akan membantu anda dan berkata, " takpela sayang, abang tolong sayang kemaskan rumah ye, sayang berehat sajala." adakah si dia yang anda nampak akan berkorban seperti itu buat anda?


8. adakah anda nampak si dia yang rapat dan baik dengan keluarga anda sebagaimana rapatnya anda dengan keluarga anda yang anda sayangi, adakah anda nampak si dia yang pandai mengambil hati keluarga anda terutama kedua ibu bapa anda? adakah si dia yang anda nampak?


9. bila tiba saat2 bermakna dalam hidup anda, seperti tarikh lahir anda, hari ulangtahun perkahwinan anda, anda mengharapkan kucupan sayang, ucapan romantis dan sambutan kasih sayang daripada suami anda, adakah anda nampak si dia yang akan melakukan semua itu dan menghargai anda dengan sepenuh hati sebagai isterinya, adakah si dia yang anda nampak?


10. anda akan menyayangi dan cuba menjadi isteri terbaik dengan berjanji akan menjaga hati, makan pakai dan segalanya buat suami anda dan berjanji akan taat setia kepada suami anda, akan hidup selamanya dengan suami anda, bukan hanya sekejap cuma tapi selamanya selagi Allah merestukan hubungan suami isteri anda dan suami anda, adakah si dia yang anda nampak yang akan berkongsi hidup dengan anda buat selamanya tanpa ragu? adakah si dia yang anda nampak?


nah, amekla masa dan berfikir tentang perkara2 seperti ini kerana anda inginkan suami bukan hanya untuk sehari dua tetapi untuk selamanya dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat bukan?

jadi, perkara2 seperti ini yang akan anda lalui dan tempuhi bersama suami anda kelak, dan adakah anda merasakan si dia yang anda ingin jadikan suami dan teman hidup anda adalah yang paling tepat dan sesuai untuk anda mengorbankan segala jiwa raga anda buatnya?

adakah si dia yang anda sayang dan cinta akan membimbing anda sebagai isteri dengan baik dan menjadi ayah terbaik yang dapat mendidik anak2 anda berdua kelak?

anda berkasih sekarang, anda mengharapkan sehingga ke alam perkahwinan, tp fikirlah anda bukan mudah melayari alam perkahwinan ini kerana anda akan hidup bersama suami anda 20,30 malah berpuluh tahun lagi jika umur dan jodoh panjang, hidup hari2 bersama tanpa rasa jemu,,

adakah anda pasti si dia lah orang yang paling sesuai untuk anda jadikan suami, pasangan sehidup semati anda?

jika anda membayangkan bahawa si dialah yang anda nampak setiap kali anda fikirkan perkara2 seperti di atas, maka, usahlah ragu2 dan yakinlah dengan pilihan anda kerana yang mahu berkahwin adalah anda dan andalah yang perlu membuat keputusan dengan baik jika sekiranya si dialah yang anda nampak akan memberikan seribu kebahagiaan buat anda sebagai seorang isteri yang sah,,


fikirkan la dengan betul2 sbb perkara ini adalah benar dalam kehidupan anda,, perkara seperti inilah yang perlu anda pertimbangkan sebelum menempuh ke alam perkahwinan, bergelar suami dan isteri,,


selamat berfikir dan selamat membuat keputusan yang bijak ye wahai anda2 sekelian yang masih dalam proses memilih yang terbaik..
cik zira doakan anda akan mendapat suami yang terbaik seperti yang anda semua bayangkan,,


hidup selalu perlukan bayangan dan angan2 sbb daripada angan2 itulah kita akan berusaha untuk mencari yang terbaik untuk diberikan yang terbaik dalam kehidupan kita nanti,,insya Allah,,



dan oleh sebab perkara2 seperti ini lah yang cik zira selalu bayangkan, cik zira merasakan tiada lagi yang boleh cik zira bayangkan yang akan berkongsi hidup dengan cik zira di masa hadapan nanti,,



itu sahaja, sila pasang angan2 dan bayangkan yang indah2 sekarang jugak! jangan degil ye, nak kawen ke takmo? haha,,,gelak jahat,,






update 25 julai 2010 : syukur Ya Allah, diri ini sudah mula membayangkan semua itu bersama insan yang Kau telah berikan padaku, syukur Ya Allah,,



~sekian~




k,adios!!!,,, by : ierarahman rabu 11 november 2009 10.45 p.m.

2 comments:

Miss Hirose said...

waa bukan stakat tajuk je pjg
siap ngn entry die pun pjg berjeler2..hik3

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

haahla kan,,
cik zira kalo da menulis mmg panjang ssh nak benti,,adei,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails