SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Monday, November 2, 2009

kita harus kuat tempuh dugaan Tuhan



lepas exam 1st paper tadi, lepas habis briefing sket, lepas tgk makah carry mark pape yang patut,
pegila jumpa lecturer Language Testing ktrg, Ms Letch
ktrg, cik zira fqa ngan syira tanya kabar mak dia sebab mak dia kat hospital dan dijaga rapi sbb kanser mak dia dah tahap kritikal da,,

jadi ms lecth share la dengan ktrg cerita dia dan cik zira akui sume yang mak dia lalui tuh sama dengan keadaan arwah mama (makcik cik zira, kakak abah) yang telah pon meninggal dunia beberapa tahun yang lalu akibat kanser jugak,,

masa ms lecth cerita pasal mak dia, cik zira terbayangkan arwah mak, arwah mama sbb cik zira telah kehilangan 2 org penting dalam hidup cik zira dan mak dan mama pergi dengan kesakitan dan Allah cabut nyawa mak ngan mama adalah yang terbaik daripada dorang terus tanggung kesakitan tuh,,

masa mak sakit kat icu tuh, cik zira tak sempat jaga sangat memandangkan hospital tengku ampuan afzan dengan uma jauh dan mak pon koma lepas operation kuarkan darah beku dalam kepala dia,,so, tak dapat spend masa dengan mak, jaga mak,,sempat jaga mak satu malam dan tu la malam terakhir dapat bercakap ngan mak,, tu pon mak dah tak tahu dan tak ingat ape dia cakap,,

tp sempat jaga mak sekejap pon, dah rasa cukup sangat sbb mak jaga ktrg adik badik lagi lama,,


****cik zira rasa, cik zira akan start cerita pasal kisah hidup cik zira dulu2 supaya jadi teladan kepada semua,,tp entry2 tersebut akan disiapkan perlahan2 sebab perlukan kekuatan untuk menulis kisah hidup cik zira yang penuh dugaan Allah berikan,,itu nanti yew,,kita habiskan entry ini dahulu,,****


dan ape yang ms letch cerita tuh, cik zira tahu dia sedih nak lepaskan mak dia dan dia lagi sedih tgk mak dia tak berdaya dan tanggung sakit macam tuh,,ms letch seorang anak yang kuat dan dia tak nangis pon bila cite pasal mak dia padahal dalam hati dia, cik zira tahu dia sangat sedih,,


yelah, mana ada anak sanggup tengok mak sendiri sakit dan seksa macam tu kan,,tapi Tuhan itu maha adil, setiap yang terjadi ada hikmahnya,,mungkin masa inilah dia mahu menguji kekuatan dan kasih sayang anak2 terhadap ibunya dan kekuatan dan kesabaran menjaga ibu yang tak berdaya dan hanya menunggu masa nyawa terputus daripada badan,,


buat ms letch, i pray for ur mom and hopefully God gives her the best for the rest of her life,,
if it is the time for her to go, let her go and pray for her,,
i know ur feeling because i lost my beloved mom n i know how it feels,,


buat semua pembaca budiman sekelian,
hidup ini hanya pinjaman Tuhan,,bila2 sahaja kt akan kembali pada-Nya,
dan buat mereka yang masih ada mak dan ayah, bersedialah mental dan fizikal anda sekiranya satu hari Tuhan nak uji ibu bapa anda sakit dan anda sebagai anak2 la kena jaga dorang
dan sekiranya anda kena berdepan hakikat ibu bapa anda tak akan hidup lama, be strong, jadilah anak yang kuat dan doakan yang terbaik untuk ibu bapa anda sebab hanya itulah cara terbaik daripada asyik menangis depan mereka yang sakit dan itu akan membuatkan keadaan akan menjadi lebih teruk sebab ibu bapa anda pasti sedih nak tinggalkan anda,,


setiap daripada kita akan diuji Tuhan pelbagai ujian dan dugaan, sebab tu kita harus kuat menempuhi setiap dugaan yang Tuhan berikan sebab, ingatlah setiap yang terjadi ada hikmahnya,,jika takdir anda terpaksa berpisah dengan orang yang anda sayang, terimalah takdir itu dengan penuh kekuatan dan kesabaran sebab setiap manusia akan pergi buat selama-lamanya dan walaupon kenyataan itu perit, kita tetap kena terima,,


nangislah jika itu ubat terbaik untuk anda tapi air mata tak akan mengubah apa2, doa itu paling utama supaya mereka yang telah meninggal dunia ditempatkan di kalangan orang2 beriman dan terbaik di sisiNya,,insya Allah,,


cik zira menulis entry ini dalam tenang dan tidak sedih sbb cik zira tahu arwah mak mahupon sesiapa sahaja yang telah meninggalkan cik zira pergi dahulu atas ketetapan Allah,,
mahu tak mahu, itu kenyataan yang harus cik zira terima,,


walaupon saat nurse bagi tahu mak dah takde adalah satu kenyataan yang paling sukar diterima akal cik zira ketika itu dan cik zira hampir2 pengsan, tp cik zira rasa, itulah jalan terbaik buat mak daripada mak hidup tapi derita dan terseksa,,


buat mak, dan buat sesiapa sahaja yang telah meninggalkan kita semua, marilah kita sama2 panjatkan doa supaya mereka tenang dan aman di sana,,AMIN,,,






~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman isnin 2 november 2009 8.15 p.m.

2 comments:

Wanie-san said...

sgt sedih..tp cik zira sgt kuat...

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

thanx dear,,
rasanya kalo kt wat entry khas pasal kisah hidup lagi sedih kot,,
penulis tak sedih,org yang bace sedih sedu sedan,,huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails