SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Friday, November 13, 2009

macam tak percaya





sila lihat gamba di atas dengan teliti ye, maaf gamba kurang jelas, kes resize nye pasal,,huhu
adakah anda sume nampak manusia2 di dalam gambar tersebut seperti cikgu atau pon seperti kanak2 riang yang seronok dapat bersukan di sekolah??


gamba tersebut adalah gamba cik zira bersama teman2 iaitu fiqa, syira, amalina, bie dan juga izati semasa kami berjalan kaki mahu pulang ke DPP Tradewinds daripada tempat kawad tu ha, singgah sebentar mengambil gamba kerana itu merupakan kawad terakhir kami,,


kat UUM selama 2 tahun tuh, ktrg kena masuk Khidmat Masyarakat dan adela beberapa kali kena berkawad, tp kawad main2 jek setakat nak amek makah, bukan kawad macam skola dulu time cik zira KRS yg kena berkawad bermati2an,,hehe,,


so, nak dijadikan entry pada hari jumaat yg mulia ini, cik zira hanya nak bercerita tentang kami yang bakal bergelar guru dalam jangka masa tak sampai setahun daripada sekarang,,


bayangkan ktrg belajar selama 6 tahun sejak kuar SPM, ade yg sempat masuk matrikulasi macam cik zira, matriks perak selama 2 bulan dan terus masuk maktab ni sebagai intake kedua,,


macam tak percaya kan, kejap je rasa da nak habis 6 tahun ni sbb next sem da praktikal, lepas praktikal da habisla blajo dan insya Allah dapatla posting,,


macam tak percaya kami yg gila2 dan kadang2 otak senget benget ini akan menjadi cikgu, cikgu kanak2 plak tuh mengaja bahasa inggeris,, tak percaya bukan? tapi itulah bakal kenyataan yg kami harus terima

dan disebabkan kami bakal mengajar kanak2 yg comel dan tiut miut itula, kami seperti kanak2 yang lebih riang gembira daripada kanak2 sebenar, contohnya, setiap kali ada tugasan mahupon projek bersama budak2 skola, yang akan terlebih fun dan enjoy, kami la bukan kanak2 skola itu, mereka pon pelik lihat abang2 dan kakak2 dorang ni yang happy nya mengalahkan dorang plak kanak2 sebenar itu,,

apakan daya, kami ni terasa mengong sebab belajar tersangatla lama dan time exam cenggini la otak da hampir beku, cik zira sendiri tak payah cakapla kan,,
mmg dah lama beku,,huhu

dan setiap kali ke sekolah, terasa takut plak, takut tak boleh menggalas tjwb berat ni, sebab sedar la sume, menjadi seorang guru, sangat besar tjwbnya kalo betul2 ikhlas untuk mendidik,,
dan cik zira akui, antara teman2 cik zira seramai 75 orang dalam Cohort 3 ini, ada yg betul2 boleh dilihat menjadi cikgu yg baik, dan ada juga yg sekadar melepaskan batuk di tangga yg cik zira rasakan, mana2 sekolah yg dpat mereka2 ini, habisla skolah tu nanti,,

cik zira belum bersedia sbb cik zira tahu, bila dah start keje nanti, masa tu la bermulanya tjwb cik zira mendidik anak bangsa dan cuba menaikkkan dan meningkatkan keputusan Bahasa Inggeris dan menanamkan dalam diri anak2 yang Bahasa Inggeris itu sama pentingnya dengan Bahasa Melayu dan semoga anak2 ini menyukai dan meminati Bahasa Inggeris seperti mana mereka menyukai subjek2 yang lain


korang boleh bayangkan tak ea, cik zira dan teman2 cohort yg agak mereng2 kebanyakkannya, akan bergelar cikgu sekolah? kalo korang tgk bdk2 laki ktrg, lagi korang tak pecaya,,haha,,

tp, akan cik zira buktikan, walaupon ktrg terutama cik zira sendiri kadang2 berperangai seperti budak2, tetapi, sebenarnya ktrg kena gak jadi macam bdk2, yela kan, barulah bdk2 suka, yela sangat tuh,,haks,,


insya Allah, nanti kalo cik zira da keje, dan masih boleh berbelog kalo penempatan nanti mengizinkan cik zira berbelog,, cik zira akan update kisah cik zira sebagai seorang cikgu pulak kan, mesti awal2 keje excited yg amat nak update pasal skola, tgkla nanti,,hehe,,


doa kan cik zira selamat dengan jayanya menamatkan 6 tahun pengajian ini yew, dan doakan jugak cik zira ini akan menjadi seorang cikgu yang berjaya mendidik anak bangsa menyukai, meminati Bahasa Inggeris,, bukan mudah kerana melentur buluh biar dari rebungnya, bak kata orang, sebab tu la nak tanamkan bahasa inggeris biar dari kecik, bagi dorang suka dan itula tugas kami cikgu2 teyl yg kami tahu bukan mudah,,


tp kami sahut cabaran itu, insya Allah,,


macam tak percaya, tak lama lagi pengajian ini bakal berakhir,,
masih tak percaya, betul ke nak jadi cikgu ni?
sesuai ke?
layak ke?


penentuan itu sama2la kita tentukan dalam masa setahun akan datang, malah lebih,,


kawan2 sekelian, cik zira ni teacher to be tau, teacher stil in d making, sape jadi anak2 murid cik zira nanti, ha, selalu2la muka korang bakal cik zira tepek dalam blog kesayangan ni, terutama anak2 murid laki yg kacak2 itu, akan cikgu zira ngorat korang siap2, kena blajo rajin2 okeh, harap muka sahaja kacak, tapi malas blajo, macam mana nak ngorat gefren cam tuh, meh cik zira turunkan ilmu,,motif??


oit cikgu, kamu ke skolah aja budak bahasa inggeris la, bukan aja budak mengorat,,
oh, sudah silap ka??
ampun ampun,,






~sekian~





k,adios!!!,,, by : ierarahman jumaat 13 november 2009 12.00 p.m.

2 comments:

zanox said...

cikgu yang comel disukai ramai..percayelah..hehe..selamat menjadi cikgu ye :)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

yela tuh comel zan,,
harap2la disukai ramai,,insya Allah,,
doakan yew,,=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails