SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Tuesday, March 2, 2010

mahu bermadah pujangga sebentar ya


seketika
mahu bermadah
seketika,
mahu bermain dengan kata-kata
seketika jua
mahu berangan-angan menjadi seperti ini...


indah kan kalo boleh menjadi bayang-bayang?
hitam gelap dan hanya bayang-bayang,,
melihat bayang-bayang diri sendiri seperti ini mengingatkan diri bahawa kadang-kadang
manusia seperti diri ini memerlukan sesuatu yang luar biasa
yang luar dari kehidupan biasa, seperti bayang-bayang
melihat bayang-bayang sendiri terasa mahu menjadi bayang-bayang buat seketika waktu
boleh bergerak bebas, orang tidak kenal siapa dan bayang-bayang siapa sebab sumenye hitam belaka,,



mahu juga berangan menjadi puteri seperti cinderella
mendapat sepasang kasut kaca cantik, tapi mahukan kasut kaca bewarna merah seperti itu
indah kan jika menjadi puteri raja?
mendapat putera raja yang kacak lagi bermewah-mewahan, mahukan apa semuanya tersedia
boleh pakai gaun kembang yang cantik-cantik, kasut tinggi yang cantik-cantik
disayangi semua orang
kalau diberi peluang menjadi puteri buat sehari pon sanggup
mahu sangat merasa menjadi puteri,, tapi siapakah pula putera nya?



lagi indah sebenarnya menjadi bayi
disayangi semua, disukai semua kerana menjadi bayi adalah saat paling indah
menjadi comel dan dibelai semua
dilayan sepenuh masa, diberi kasih sayang dan boleh bermanja sepuasnya
mahu menjadi bayi kerana tak perlu memikirkan masalah yang ada
hidup pon terjaga dan tidak perlu menyiapkan diri sendiri kerana ada yang tolong siapkan
berwangi-wangian dan memakai pakaian yang comel2 belaka
ingin menjadi bayi kembali, dipeluk dan didakap juga dicium abah dan mak
menjadi kesayangan kerana menjadi puteri pertama dalam keluarga,,



indah kan
indah kan berangan-angan?
angan-angan itu sememangnya indah bukan?


sebab itu mat jenin memang suka memasang angan-angan
sebab sesekali berangan-angan, terlalu banyak yang kita inginkan
bukan hanya mat jenin yang suka berangan, diri ni pon kadang-kadang sangat suka berangan
sebab berangan-angan itu memang indah


mari semua, ambil masa beberapa minit untuk berangan-angan k,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman selasa 2 mac 2010 8.00 p.m.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails