SILA KLIK

Hazirah & Khalis

Daisypath Anniversary tickers

KAMU-KAMU YG KUHARGAI

Thursday, March 4, 2010

salah ke perempuan manja atau manja yang bersalah??


haha,,
lawak jugak tgk tajuk kat atas ni,,
mengarut plak pepagi buta alam ni,,
dahla tadi mengantuk tahap dewa,dah tertidur atas lantai sambil melukis tadi
tdo jap tak sampai sejam, bangun sambung wat keje,,
nilah nasib menjadi guru praktikal,,hehe


ini mata ngah secerah alam, baik update blog,takut esok takde masa sebab petang ada latihan sukan,, kena aja kawad,,


ok,mari kt menelusuri tajuk di atas ye
salah kah perempuan manja atau manja yang bersalah??
apa pandangan tuan-tuan dan puan-puan sekelian??


ada sesetengah perempuan yang dilahirkan mmg dah memiliki sifat manja tersebut
dengan sesiapa sahaja dia mmg akan semulajadi berperangai manja sebegitu
itu tidak hairanlah kan, dan mungkin sifat manjanya itu menjadikan dia nampak comel di mata sesiapa pon


tapi, ada jugak kes
perempuan yang lahir2 bukanlah bersifat manja
jadi, dia akan manja dengan setengah orang sahaja, mungkin dengan kekasih sahaja
ada juga yang manja hanya dengan keluarga sahaja
ini kita kira manja itu sudah subjektif, terpulang pada pendapat masing2 macam mana nak mentafsirkan sifat manja itu


ada orang melihat manja itu sebagai kebudak2an, atau pon menjadi gedik
lentok sana lentok sini, cakap mengada-ngada
kalo yang jenis buat2 manja, mmg orang akan menyampah tak hengat lah!
tp bagi yang mmg sifat semulajadi nya begitu, orang dah tak boleh nak kata apa sbb dia mmg manja dengan sesiapa sahaja


persoalan lain,
perlukah perempuan ada sifat manja ni?
atau pon, adakah sifat manja ni mmg sinonim dengan perempuan?
eh, ada ke lelaki manja? uisyh, macam mana gamaknya lelaki manja ea? auw, tetiba plak,,
takde2, skang bercakap pasal manja dan perempuan,,


kalau kamu, ye kamu yang sedang membaca entry ini, apa tafsiran kamu tentang manja ini?
adakah kamu suka? atau pon kamu tidak rasa seorang perempuan harus ada sifat manja ni
atau pon kamu rasa perempuan, bila manja lagi nampak comel?
apa yang kamu rasa?


kalo bagi mereka yang sudah berkahwin, rasanya tidak salah sang isteri manja2 dengan suami, minta dibelai dan sebagainya,, tak kisahla, sudah ada ikatan yang sah bukan


minta jauh la bagi pasangan yang masih belum sah lagi ikatannya, janganlah manja lebih2 k
jadi isteri nanti, nak manja tahap mana pon, tak kisah da,,


kepada si PEREMPUAN,
kamu suka ke menjadi seorang yang manja?
manja yang macam mana ea?


kepada si LELAKI pula,
kamu suka ke tgk perempuan yang manja2 ni?
manja macam mana ye?



perlukah setiap perempuan itu ada sifat manja walaupon sedikit?



bercerita pasal manja ni, cik zira sifatkan diri cik zira sebagai seorang yang tidak manja
tapi kadang2, ada gak merayu2 manja dengan chenta2 hati kalo nak minta tlg pape,,hee
dengan org lain, mungkin susah kot nak manja2 ni,,
sebab cik zira lihat diri cik zira sebagai seorang perempuan yang boleh hidup berdikari, buat ape nak manja2 ni, cik zira rasa, orang yang manja ni ada yang sesetengahnya mahukan perhatian
bukan apa,,
jadi, cik zira tidak perlukan perhatian dan belaian sesiapa, jadi tak payahlah rasa nak manja2 ni
sape yang kenal cik zira, tahu perangai cik zira macam mana, tiada istilah manja kot dalam diri,,
malah, dengan diri sendiri pon tak boleh kasi can, takde nak manjakan diri, kalo tak naik lemak plak diri ni, jadi pemalas plak,,hee



ha, macam mana?
agak2, diri kamu tuh manja ke idak?
kalo tak manja pon, nak manja dengan sape jek??


hamboi, kan men banyak plak persoalan cik zira timbulkan dalam entry ni
cam nak wat debat plak,,
yela, kadang2 kita tak perasan ye tak, isu manja ni nampak macam kecik, tp bila pk2 balik, ianya meluas untuk dijadikan topik perbincangan kan?
setuju tak dengan bebelan cik zira ni? setujulah,,,=)


kalo sape ada pandangan, jom kongsikan k,,
manalah tahu ada pape cik zira tertinggal ke kan,,
boleh sharing is caring,,ngee


macam gamba bawah ni, ni boleh dikira sebagai manja tak?




anda nilaikan,,,




~sekian~



k,adios!!!,,, by : ierarahman khamis 4 mac 2010 1.30 a.m.

4 comments:

noorafzan.blogspot.com said...

tak salah la nak manja asal kena tempatnya..
takat na kbermanja dengan family, takkan tak boleh kan..
semua orang ada rasa manja itu..trust me =)

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

i trust u afzan, cayalah!!,,hee

pepel said...

manja kdg2 ok je...tapi manja lebih2, gedik namanya...nanti org nyampah..hihihi

HAZIRAH ABDUL RAHMAN said...

betul2,, sangat setuju dengan pandangan kamu itu dEar,,=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails